Bagaimana nak buat sambal belacan sedap dan mudah?

Sambal belacan sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Sambal belacan merupakan menu wajib dalam setiap hidangan. Sambal belacan kali ini kita takkan menggunakan bawang dan tomato tetapi sudah sangat seda. Sambal belacan ini tidak perlu ditumis lagi sudah cukup mengurangkan langkah penyediaan.

Resepi istimewa ini tidak menggunakan bawang dan tomato tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya

  • 5 batang cili merah
  • 21 batang cili api hijau
  • 5 batang cili api merah
  • Belacan yang telah dibakar
  • Air asam jawa pekat – gunakan air suam
  • 7 biji limau kasturi – perahan air limau
  • 2 biji – belah 4 dan buang biji
  • Gula dan garam secukup rasa

 

Cara-caranya 

  1. Bersihkan cili merah dan belah cili untuk membuang biji cili.
  2. Bersihkan cili api hijau dan merah. Jumlah cili api bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki. Jika kurang pedas, tambah lagi cili api.
  3. Masukkan cili merah dan cili api ke dalam pengisar.
  4. Masukkan belacan, air asam jawa, hirisan limau nipis dan perahan jus limau kasturi.
  5. Masukkan garam dan gula dan kisarkan (sekejap – sekejap ) secara ON-OFF-ON-OFF. Jangan sampai lumat, biarkan kasar-kasar.

 

Mana yang suka engok video baru paham macam mana nak masak. Nak ini dia video step by step.

Share This