Bagaimana cara nak masdak ayam masak masam manis?

Resepi ayam cabai masam manis merupakan menu ringkas sesuai untuk ibu yang suka memasak dan makan dirumah. Walaupun masa sangat singkat untuk menyediakan masakan tetapi memasak di rumah adalah satu terapi buat ibu moden.

Ini adalah bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.

  • 1 kg ayam
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 tangkai daun kari
  • 8-10 tangkai cili kering (dipotong)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu sos tiram

Cara-cara membuatnya

  1. Bersihkan 1 kg ayam dan lumurkan dengan kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
  3. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, cili kering dan daun kari.
  4. Setelah naik bau, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  5. Masukkan sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu kering.
  6. Masukkan ayam goreng tadi ke dalam kuah dan gaul rata.

Video cara memasak juga kami sertakan sebagai panduan.

Share This