Kali ni Sambaleena nak kongsikan resepi spaghetti carbonara yang mudah dan sedap untuk seisi keluarga. Ini adalah resepi yang pastinya anak-anak suka. Resepi spaghetti Carbonara ini telah menjadi satu manu untuk anak-anak Kak Lina sekeluarga. Kak lina dah tak perlukan lagi pes spaghetti carbonara dari prego. Pernah beberapa kali menggunakan pes dari prego tapi tidak menjadi seperti yang diharapkan. Akhirnya, kak lina menggabungkan resepi dari pelbagai perkongsian untuk mendapatkan hasil spaghetti carbonara ini. Alhamdulillah bukan sahaja anak-anak sukakannya malah suami kak lina juga bertambah-tambah apabila makan.

Baiklah, kak lina tak nak bebel panjang-panjang. Kak Lina nak sharekan resepi Spaghetti Carbonara yang mudah dan sedap.

1 bungkus Spaghetti

7 ulas Bawang putih ( dipotong dadu )

1/2 Bungkus Butter

100-200gm Isi ayam ( dipotong kecil)

5 Cendawan kering

1 Susu kotak

2 Cheese slice

3 sudu besar Tepung gandum

1 sudu kecil Lada hitam

50 gm Pepperoni (boleh gantikan dengan sosej)

1 Kiub pati ayam

Garam secukup rasa

 

Penyediaan Roux : untuk menjadikan kuah Carbonara lebih pekat, berkrim dan menyelerakan.

1/3 bungkus Butter

3 sudu besar tepung gandum

Tips: Masa masak roux, jangan sampai hangit. Lepas buter cair, angkat dari api dan masukkan tepung gandum.

 

Jika anda sukakan resepi ini, jangan lupa like dan share resepi ini. Boleh subscribe Channel Sambaleena untuk dapatkan lebih banyak resepi yang menarik.

Selamat mencuba.

 

 

Share This