NOTIS PENTING SAMBALEENA

#TERKINI – INFO PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI (16 MAC 2020)

1. Sebagai makluman semua, perutusan daripada YAB Perdana Menteri terbaru berkenaan COVID-19 di mana Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

2. Sehubungan dengan itu, pengurusan Sambaleena menyahut saranan kerajaan bagi turut sama membendung wabak Covid-19 yang kian menular.

3. Buat stokis dan agen yang dihormati, anda masih boleh terus beroperasi seperti biasa baik dari segi online atau offline kerana pembekalan makanan dan logistik masih beroperasi seperti biasa. Malahan, produk Sambaleena dapat menjadi alternatif di kala masyarakat tidak disarankan makan di luar dan sebaiknya dine-in bersama keluarga di rumah sahaja.

4. Pihak Sambaleena akan menghadkan operasi ibu pejabat sepanjang tempoh kawalan namun masih boleh terus dihubungi melalui talian 0163371817 atau email [email protected]

5. Walaubagaimanapun, harus diingatkan agar peringatan social distancing dipatuhi sepanjang tempoh kawalan ini berlaku. Jangan panik dan keluar rumah hanya apabila perlu. Awasi keluarga dan anak-anak anda terutamanya sepanjang cuti sekolah ini.

6. Insyallah, bersama-sama kita dapat membendung wabak ini dari terus berleluasa.

7. Pihak Sambaleena mendoakan agar anda dan keluarga terus diberkati dan dikurniakan rahmat oleh Allah S.W.T.

Pihak pengurusan Sambaleena memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin dialami.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Nurul Azlina Hassan
Pengarah
Citarasa Milenium Sdn Bhd

Share This