Assalammualaikum korang, kembali lagi kita dalam segment borak-borak sembang-sembang hehehe.. Korang apa khabar harini, Sihat ke ?

Ermm harini rasa macam nak sembang benda lain pula lah asyik resepi je kan hehe.. Nak tanya korang pernah makan peria tak macam dalam gambar yang kat atas tu ?

Sebab harini kita nak sharing is caring sikit tentang khasiat dan kebaikan makan peria. Memandangkan Sambaleena juga telah mengeluarkan produk baru iaitu (Set pantang + kurus Sambaleena) macam gambar yang kat bawah ni.. Set ni terdapat 4 jenis produk iaitu Peria goreng sihat, Serunding halia ketagih, Bawang putih rangup dan Ikan bilis lada hitam. Nampak menarik kan ? So harini kita nak cerita dulu tentang peria goreng sihat untuk 3 yang lain tu kita borak dekat next post yee :D!

Perkara first korang fikir tentang peria mesti pahit kan ? Ye betul secara lazimnya peria adalah kelompok sayuran yang pahit rasanya.. Bak kata orang dulu-dulu yang pahit tu lah yang sihat kan..  Untuk pengetahuan korang juga peria di Malaysia terdapat dua jenis iaitu yang pertama jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan yang kedua dikenali dengan nama “peria katak” iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua. Antara dua jenis peria ni, peria katak lebih pahit rasanya berbanding peria panjang.. Tetapi.. kalau korang kena cara masakannya pahit peria ni dapat dikurangkan haa macam tuuu hehe..

Jadi yang atas ni adalah Peria goreng sihat dari Sambaleena.. rasanya yang crispy dan yang paling penting tak pahit tauuu… bagi yang nak amalkan semasa berpantang cukup elok untuk pemulihan kesihatan selepas bersalin  kerana peria goreng dari Sambaleena juga dapat membantu mommies mommies yang lepas bersalin tuu kurus haaa sape je yang tak suka badan slim lepas bersalin.. eh bukan tu jee dapat membantu memberi tenaga juga tau..

1.MENURUNKAN BERAT BADAN

Peria katak mempunyai selulosa yang berfungsi sebagai serat utama untuk memudahkan penghadaman makanan. Peria katak juga merembeskan jus hempedu untuk meningkatkan metabolisma badan.
Dengan kandungan yang ada dalam peria katak, ianya memang berfungsi untuk menurunkan berat badan. Anda boleh mencubanya dengan mengamalkan peria goreng sihat ini setiap hari.

2.TAMBAH TENAGA UNTUK WANITA BERPANTANG

Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria sepanjang waktu berpantang. Lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak. Peria akan dapat mengembalikan tenaga untuk ibu kembali aktif dan sihat.

3.KECUTKAN RAHIM, HAID TERATUR & BANYAKKAN SUSU

Bagi golongan wanita, peria katak memberikan beberapa khasiat seperti memperbanyak susu badan, mengecutkan rahim dan melancarkan perjalanan haid.
Untuk mendapatkan semua khasiat ni, wanita perlu menjadikan peria goreng sihat ini sebagai lauk tambahan bersama nasi. Pengambilan yang konsisten akan memberikan kesan terbaik kepada organ dalaman untuk menghasilkan susu badan yang lebih banyak serta haid yang lebih teratur.

4.CANTIKKAN KULIT

Jika anda nak miliki kulit yang cantik, anda boleh mulakan dengan peria katak. Bagi kulit yang mengalami masalah kulit, anda lebih disarankan menggunakan peria katak tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih mengenai keberkesanan sayuran ini untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk.
Peria katak mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi untuk merangsang sel kulit dan menjadikannya lebih cantik. Vitamin C ini juga membantu menyembuhkan luka dengan pantas.

5.BAIK UNTUK PERUT

Peria sememangnya agen pencernaan yang bagus dan membantu menghalang daripada terjadinya sembelit kerana peria mengandungi selulosa yang merupakan sumber serat terbaik.

Banyak lagi sebenarnya tau khasiat dari peria ni.. dan saya menjaminkan bila korang try peria goreng sihat ni mesti korang rasa nak lagi hehehe.. Selamat mencuba! Jumpa lagi next post pada next week ye 🙂

 

 

Share This