Assalamualaikum dan selamat petang semua, harini kan Sambaleena nak share resepi yang Kak Lina dapat dari seorang peniaga di Food Court yang telah bertapak selama 15 tahun. Nak tau tak apa resepi tu? Resepi ini adalah resepi kegemaran untuk peminat tegar di kedainya.
Rupanya mudah je nak masak resepi Kuey Teow Penang ni. Bahan-bahan utama dia adalah cili kisar dan sos tiram sahaja. Yang lain-lain tu kita letaklah samada udang atau kerang sebagai pelengkap Kuew Teow Penang kita.
Cuma dalam video ni Sambaleena menggunakan sambal serbaguna daripada Sambaleena. Apa yang best sambal serbaguna ini sudah cukup semua bahannya. Bahan yang ada dalam sambal serbaguna ini ialah cili, bawang merah dan bawang putih, garam dan gula serta asam keping.
oklah jom tengok macam mana nak buat Kuey Teow Penang versi Sambaleena ni.