Bawang putih merupakan bahan wajib ketika memasak dalam memberikan aroma dan rasa selain membuka selera dengan bau harumnya ketika menumis masakan.
Bawang putih merupakan antara ‘superfood’ yang mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalama, bawang putih juga banyak digunakan sebagai penjagaan kesihatan dan kecantikkan luaran. Namun, bukan itu sahaja tau kelebihannya kerana bawang putih ini sangat bagus untuk merawat bermacam jenis penyakit.
Ini adalah antara kebaikan bawang putih yang masih ramai anatara kita belum tahu.
1. Bagus untuk ibu yang menyusu
Satu cara bagi menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema adalah dengan cara memakan bawang putih. Melalui cara ni,ibu tak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan bawang putih ini, anak akan menyusu dengan lebih lama!
2.Mengurangkan risiko kanser
Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen, iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapat masuk ke sel-sel tubuh. Hasil penyelidikan, bawang putih sama seperti bawang merah, daun bawang dan daun timah. Ia dapat menurunkan risiko kanser perut dan usus.
3.Kolestrol
Bawang ini boleh mengurangkan jumlah dan kolesterol LDL. Bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi, suplemen bawang ini boleh mengurangkan jumlah dan/ atau kolesterol LDL sekitar 10 hingga 15%.
Melihat kepada kolesterol LDL (“buruk”) dan HDL (“baik”) secara khusus, bawang ini kelihatan merendahkan kolesterol LDL tetapi tidak mempunyai kesan pada kolesterol HDL.
4.Diabetes
Bawang putih terbukti efektif dalam mengatur kadar gula darah untuk pelbagai jenis diabetes.
5.Migrain
Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ni kerana, bawang putih mencairkan dan membersihkan darah. Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame. Langkah ni penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migrain.
6. Baik untuk jantung
Kandungan diallyl trisulfide di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung atau penyakit lain berkaitan.
7. Mencegah penyakit Alzheimer
Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat menurunkan risiko penyakit seperti demensia dan Alzheimer kerana ia mampu melindungi sistem kognitif dengan melindungi sel saraf.
8. Menghalang keracunan logam
Selain kandungan diallyl sulfide, sulfur dalam bawang putih juga didakwa mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperti timah. Bawang putih dipercayai dapat mengurangkan kadar keracunan timah dalam darah sebanyak 19 peratus terutamanya kepada pekerja dalam industri berkaitan.
9. Bagus untuk kesihatan Tulang dan Melambatkan Menopaus
Tidak terdapat kajian ke atas manusia yang telah mengukur kesan bawang ini terhadap kerapuhan tulang. Walau bagaimanapun, kajian ke atas tikus telah menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan kerapuhan tulang dengan meningkatkan estrogen dalam kalangan wanita.
Satu kajian yang dijalankan terhadap wanita menopaus mendapati bahawa dos harian ekstrak bawang putih kering (bersamaan dengan 2 gram bawang putih mentah) mengurangkan penanda kekurangan estrogen secara signifikan. Ini menunjukkan bahawa suplemen ini mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan tulang pada wanita. Makanan seperti bawang ini juga boleh memberi kesan yang baik terhadap osteoarthritis.
Bawang putih rangup dari Sambaleena juga boleh dijadikan alternatif dalam mendapatkan manfaat kebaikan bawang putih. Rasa bawang putih ini tidak pahit dan tajam. Tekstur bawang putih garing yang sangat nipis dan rangup.