Assalammualaikum & Selamat tengahari kepada semua..

Harini Sambaleena nak share dengan korang tentang kebaikan halia untuk kesihatan memandangkan haritu kita dah share dekat korang tentang kebaikan peria dan bawang putih dalam Set Pantang & Kurus Sambaleena. Jadi harini Sambaleena nak share lagi satu produk yang ada lama Set pantang & Kurus Sambaleena iaitu “Serunding Halia ketagih”, Wow ketagih uollss .. mesti korang tertanya-tanya “ye kee ketagih tu” ehhh kena cuba dulu lah kan baru tau penangan nya macam mana kihkihkih.

Jadi tajuk yang kita nak share harini adalah “KEBAIKAN HALIA UNTUK KEKAL SIHAT” nampak simple je kan tajuk ni. Tapi mempunyai 1000 makna kebaikannya. Jom kita sambung baca kat bawah ni..

Untuk pengenalan tentang halia ini : HALIA ialah sejenis rempah berakar dengan rasa pedas, yang memiliki sifat perubatan dan manfaat kesihatan.Halia digunakan di serata dunia dalam pelbagai hidangan tau dan ia juga banyak tumbuh di negara-negara bercuaca panas termasuk di China, India, Afrika, rantau Caribbean dan sudah pasti di nusantara.

1) Mengurangkan keradangan
Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

2) Melegakan loya
Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan ‘morning sickness’.

3) Merendahkan paras kolestrol
Menurut ramai pengkaji, halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet seharian.

4) Menguatkan imuniti
Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

5) Membantu penghadaman
Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu penghadaman.

6) Mengurangkan berat badan
Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

7) Dapat melegakan batuk dan sakit tekak
Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit tekak.

8) Mengurangkan sakit kepala
Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan didahi dapat membantu megurangkan sakit kepala.

Jadi ini adalah antara kebaikan atau manfaat yang bagus dalam khasiat halia. Pada semua yang nak kekal sihat sehingga tua elok lah kita tekad untuk lebih menjaga pemakanan kita okay. So kalau korang tak nak pening pening nak kupas halia lah nak rebus halia lah Sambaleena tetap ada jalan penyelesaian buat korang semua. Manfaat dan kebaikan yang ada pada “Serunding Halia Ketagih” Sambaleena masih sama dan lebih enak untuk dimakan.

Jadi gambar di atas ini adalah texture serunding halia dari Sambaleena. Bukan halia sahaja terdapat juga campuran bawang putih dan ikan bilis. Serunding Halia Ketagih dari Sambaleena ini bukan sahaja mempunyai manfaat dari halia tetapi juga dari bawang putih dan kerangupan daripada ikan bilis. Kepada ibu berpantang dan kepada sesiapa yang bercita-cita untuk kurus dan mempunyai lifestyle yang sihat anda boleh lah order SERUNDING HALIA KETAGIH ini di Sambaleena.

Selamat mencuba dan jumpa lagi di posting yang seterusnya! 🙂

Terima Kasih.

 

Share This