Hello guys, harap semuanya sihat ye……korang pernah tak tengok rancangan memasak chef dari luar negara…..mesti you guys perasan kalau chef dari negara europe tu mesti akan gunakan lada hitam dalam setiap masakan mereka…..so harini sambaleena nak berkongsi sedikit maklumat tentang kebaikan lada hitam…

Lada hitam bukanlah hanya mempunyai rasa pedas yang tersendiri tetapi ianya juga dapat memberikan rasa masakan kita bertambah sedap. Paling penting sekali, lada hitam mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh terutamanya dalam merawat penyakit. Haa, siap sedia okay kita nak bagi fakta nie! 😆

Kebaikan atau manfaat lada hitam bagi merawat dan mencegah pelbagai penyakit seperti:

Penyakit Jantung: Elemen piperina dan kromium yang aktif dalam lada hitam adalah sebagai anti radang yang dapat membantu memulihkan inflamasi dinding dan saluran jantung. Kemunculan lada hitam dalam tubuh diberitahu dapat melancarkan darah kolestrol dan mencegah kolestrol daripada menjadi teruk sehingga boleh mengakibatkan saluran jantung tersumbat dan akhirnya boleh mendapat masalah kardiovaskular.

Darah Tinggi: Lada hitam mempunyai elemen utama yang dapat melancarkan tahap tekanan darah di dalam tubuh badan kita. Lada hitam juga kaya dengan vitamin C yang dapat membantu mencegah darah tinggi dengan meningkatkan penyingkiran angin dan toksin dari badan kita. Seperkara lagi, lada hitam juga kaya dengan mineral yang penting seperti potassium, kalium dan zat besi. Mineral-mineral ini adalah elemen yang dapat merendahkan tekanan darah. Punca utama darah tinggi disebabkan oleh tahap sodium yang tinggi dalam tubuh. Potassium yang ada di dalam lada hitam dapat mengurangkan kesan tahap sodium yang tinggi dalam badan kita.

Anti Kanser: Lada hitam yang dicampurkan dengan kunyit dapat melawan pertumbuhan sel-sel kanser. Piperina yang terkandung dalam lada hitam dapat menyingkirkan cytokines (bahan-bahan yang terhasil dari sel-sel kanser) dari menghasilkan tumor. Terdapat Pusat Kanser dari luar negara telah membuat kajian terhadap lada hitam dan keputusannya adalah dapat mencegah pembentukan tumor kanser payudara. Anti karsinogen dan anti bakteria yang berada dalam lada hitam mampu melindungi lapisan membran mukus perut, menghalang serangan bakteria dan mikrob. Taburkan lada hitam yang ditumbuk kasar ke atas hidangan kita sebelum di makan setiap hari. Jangan taburkan ketika makanan sedang di masak!

Membantu Pencernaan: Ketika memakan lada hitam, deria rasa kita akan terangsang, kemudian dapat menghantar isyarat ke perut bagi meningkatkan pengeluaran asid hidroklorik. Asid hidroklorik akan membantu mencernakan makanan dan mengelak masalah berkaitan perut akibat ketidakhadaman seperti kembung, cirit-birit dan keasidan.

Kelemumur: Lada hitam mempunyai anti bakteria dan anti radang yang membuatkannya sesuai untuk dijadikan sebagai rawatan kulit kepala. Dengan cara, campurkan 1 sudu teh serbuk lada hitam dengan 1 cawan yogurt. Selepas itu, kacau sehingga sebati dan lumurkan pada kulit kepala. Seterusnya, biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dan bilas dengan air paip tanpa menggunakan syampu. Cuci rambut dengan syampu pada hari yang lain.

Selsema: Lada hitam bukan hanya berkesan melegakan selsema malahan ianya juga dapat melegakan batuk. Kahak dan hingus juga dapat dicairkan melalui rasa panas & pedas. Dengan cara, taburkan sedikit lada hitam pada sup yang masih panas sebelum dihirup kuahnya.

Kesihatan Gigi: Lada hitam dikatakan dapat melegakan sakit gigi, kerosakan gigi dan juga dapat menjamin kesihatan gusi sepanjang hayat. Caranya adalah campurkan tiga sudu teh serbuk lada hitam dan secubit garam serta tambahkan sedikit air untuk dijadikan sebagai pes. Kemudian, sapukan pes lada hitam tadi pada bahagian gigi yang sakit serta boleh tampalkan pada gigi yang berlubang.

Menurunkan Berat Badan: Lada hitam juga dikatakan boleh membantu dalam asimilasi (proses menukar makanan berzat kepada tisu hidup) makanan. Kulit biji lada hitam mengandungi fitonutrien yang penting bagi penguraian sel-sel lemak.

Anti Kemurungan: Lada hitam adalah penawar kepada kemurungan secara semula jadi. Di dalam lada hitam terdapat Piperina yang bertindak sebagai anti kemurungan dengan cara merangsang sistem saraf.

Antibiotik: Lada hitam mempunyai ciri antibiotik didalam kandungan vitamin C secara semula jadi.

Mencantikkan Kulit: Makan lada hitam dapat menggalakkan berpeluh serta dapat membebaskan toksin dari kulit. Sifat anti bakteria dan anti radang dapat melindungi kulit dari terkena jangkitan. Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menanggalkan sel-sel kulit mati, merangsang peredaran oksigen & membantu memberikan oksigen yang lebih serta khasiat kepada kulit, ambil lada hitam dan hancurkannya untuk dibuat menjadi scrub.

 

Sambaleena juga ada menawarkan produk yang menggunakan lada hitam  iaitu Ikan Bilis Lada Hitam. Haa engkoo tengok kan inilah rupa dan juga tekstur bagi Ikan Bilis Lada Hitam. Ikan Bilis Lada Hitam ni sesuai untuk orang yang berpantang dan orang yang nak diet serta boleh juga dijadikan sebagai kudap-kudapan. Ikan Bilis Lada Hitam ini bukan sahaja mempunyai ikan bilis dan lada hitam sahaja tetapi terdapat juga campuran bawang putih. Ikan Bilis Lada Hitam dari Sambaleena juga mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri.

Ikan Bilis Lada Hitam mempunyai extra ikan bilis, bawang putih goreng dan juga lada hitam. Rasa tekstur yang rangup dan sedap. yang pasti elok untuk orang yang nak kurus dan diet okay! set set pantang nie hehe.

Share This