ASSALAMUALAIKUM uolls, harini sambaleena nak share tentang khasiat atau manfaat belimbing buluh. Korang semua pernah tak makan belimbing buluh ni sebagai jeruk atau masukkan dalam masakan???

 

Nama saintifiknya adalah Averrhoa belimbi serta belimbing buluh juga dikenali sebagai belimbing asam. Pokok belimbing buluh juga berasal dari Malaysia dan Indonesia.Dalam perubatan, ianya juga mempunyai nilai yang tinggi. Antaranya:

Terdapat pelbagai khasiat yang kita boleh dapat. Dengan cara kita ambil daunnya dan lepas itu tumbuk sampai lumat dan tepekkan dekat muka kita yang ada jerawat, ianya juga dapat melembutkan kulit muka kita, boleh juga digunakan untuk orang yang selalu sakit-sakit sendi serta panau.

Cara yang seterusnya, daun belimbing buluh itu juga boleh kita rebus untuk mengubati batuk, untuk orang yang selalu pitam, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Bagi melegakan batuk, letakkan sekali segenggam bunga belimbing buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah dikisar, 2 biji bawang merah dan sebatang kulit kayu manis. Selepas itu kita rebus dan tapis air rebusan itu. Seterusnya, campurkan sedikit madu dalam air yang telah ditapis tadi dan kita minumlah segelas untuk 3 kali sehari.

Bagi pesakit darah tinggi, ambil 3 biji buah belimbing buluh dan potong kecil-kecil lepastu rebus. Air rebusan tu minum setiap hari selepas sarapan pagi. Belimbing buluh ni jarang dimakan secara segar, namun kebanyakan orang mengambil buah belimbing buluh yang hampir masak untuk dicampurkan kedalam masakan mereka, ianya juga boleh dijadikan sebagai ramuan tambahan bagi sambal belacan….

Korang ingat tak sambaleena juga ada menggunakan belimbing buluh ini dalam produk sambaleena…….cerrrr teka apa nama sambal tu??? Semestinya lah sambal itam……sambal ini juga antara best seller tauuu……makan dengan nasi panas-panas dengan sambal itam ni sahaja pon boleh bertambah nasi punyalah pastu mesti terangkattt gila arghhh….

Share This