Assalamualakum dan selamat sejahtera uolls, uolls tengah buat ape tu? dah ada idea nak masak menu ataupun lauk ape ke tengah hari ni untuk sekeluarga? 👀
Hari ni Sambaleena nak share resepi yang simple dan mudah je dengan menggunakan bumbu kuning dan bumbu hijau. Kalau korang nak tau, Sambaleena bukan sahaja mengeluarkan produk sambal Ready To Eat malah kami juga mempunyai set Ready To Cook yang boleh digunakan sebagai tumisan dalam masakan. memang terbaiklah wehhh. 🤤 tak perlu nak tumbuk atau blender bahan-bahan lain dah huii. 🤩
So, kat bawah ni kami ada sertakan video resepi:
SOTONG MASAK KUNYIT BERSAMA BUMBU KUNING DAN BUMBU HIJAU
Bahan – bahannya :
- Sotong
- Kacang Buncis
- Serai
- Bawang Holland
- Bumbu Kuning
- Bumbu Hijau
- Kunyit
- Garam dan Gula
Cara memasaknya:
- Mula – mula kita panaskan pan dengan sedikit minyak.
- Seterusnya, kita letakkan setengah sudu bumbu hijau dan sesudu bumbu kuning.
- Selepas itu, kita kacau bumbu tadi sekejap dan masukkan sotong serta serai yang telah ditumbuk.
- Selanjutnya, masukkan garam dan gula secukupnya serta gaul sehingga sotong sedikit kecut.
- Lalu kita masukkan kacang buncis dan sedikit serbuk kunyit untuk bagi nampak menarik gitchuuu.
- Kemudian, kita masukkan bawang holland yang telah dipotong dan kacau sekejap. siappp dah!
Oh lupa pula nak bagitahu kalau korang berminat nak beli set bumbu, set sambal atau produk yang lain, boleh order di website okay! dkt sini pun ada tau untuk korang buat pembelian 😘