Assalamualaikum, apa khabar semua? Kami harap semua dalam keadaan sihat ye. Harini kami nak sharing tentang bijan. Korang tau tak bijan tu macam mana rupa dan bentuk dia? Dekat bawah ini adalah buah bijan yang biji bijannya digunakan untuk ditabur diatas roti burger.

Kalau korang nak tahu biji bijan selalu digunakan sebagai bahan tambahan didalam sesetengah masakan serta sering juga digunakan untuk penghias juadah atau lauk sebelum dihidang. Selain itu, minyak bijan juga selalu digunakan oleh orang cina, jepun dan korea disebabkan baunya yang harum dan agak kuat.

Manfaat Biji Bijan:

  1. Sumber serat yang baik
    Pengambilan serat sangat penting dalam membantu melawaskan sistem pencernaan manusia.
  2. Sumber berkahasiat bagi mendapatkan protein
    Untuk bijan yang tidak diproses, didalamnya mengandungi protein. Hal ini sangat berguna bagi orang yang kekurangan protein didalam diet mereka dan bagi orang yang mengamalkan diet tanpa daging.
  3. Membantu sistem imunisasi
    Biji bijan adalah sumber kepada beberapa nutrien yang baik untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh kita. Terdiri      daripada zink, selenium, zat besi, vitamin B6 & E.
  4. Mengurangkan tahap kolesterol & tekanan darah
    Pengambilan biji bijan secara terkawal boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh dan sangat bagus bagi mengurangkan risiko serangan jantung. Biji bijan juga mengandungi magnesium yang dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Manfaat Minyak Bijan:

  1. Merawat diabetes
    Minyak bijan dikatakan dapat memgurangkan kadar tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah pusat penyelidikan dari luar negara menunjukkan bahawa minyak bijan berkesan dalam merawat kencing manis.
  2. Mengurangkan tekanan darah
    Didalam minyak bijan mengandungi magnesium yand dapat membantu menurunkan tekanan darah @ hipertensi.
  3. Mengurangkan risiko serangan jantung
    Terdapat nutrien semula jadi didalam biji bijan yang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
  4. Anti Kanser
    Pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Biji bijan juga kaya dengan serat yang boleh membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser.

 

Pengambilan biji bijan yang mencukupi dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan tubuh kita. Biji bijan yang telah diproses mempunyai manfaat yang lebih baik.  Untuk makluman semua, sambaleena juga mempunyai produk yangn berasaskan bijan iaitu Sambal Udang Bijan Krispy……Didalam Sambal Udang Bijan Krispy ini mengandungi udang geragau, bawang goreng dan cili kering. Sambal Udang Bijan Krispy sesuai dimakan bersama dengan nasi, bihun goreng, spagetti, roti, bubur dan berbagai sajian lain lagi. Sambal ini mempunyai sedikit rasa pedas dan rangup yang sesuai juga dijadikan snack apabila kita terasa ingin mengunyah sesuatu….

Share This