Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, semua sihat ke???  Cuti hujung minggu baru ni, korang pergi mana je untuk spend time dengan family atau rehat di rumah je???

So harini korang dah ada idea ke nak masak lauk apa untuk harini??? Harini Sambaleena nak share resepi yang ringkas dan senang sahaja untuk dijadikan juadah tengah hari dan malam. Korang dah ready ke tu nak tau resepi apa yang bakal Sambaleena share??? Kalini Sambaleena nak share Resepi Daging Paprik dengan menggunakan Sambal Serbaguna daripada Sambaleena……menarik tertarik kau memang debommm gitchuuu…..

Kalau korang nak tau, Sambaleena ada mengeluarkan yang terdiri daripada bumbu hijau, bumbu kuning, bumbu putih dan sambal serbaguna……Set bumbu ni boleh digunakan untuk memudahkan dan menjimatkan masa korang untuk memasak…..bestkan…..senang wehhh tak perlu nak duduk dekat dapur lama-lama…..

 

RESEPI DAGING PAPRIK DENGAN MENGGUNAKAN SAMBAL SERBAGUNA

 

Bahan-bahanya:

  1. Sambal serbaguna Sambaleena
  2. Daging yang telah direbus dan dipotong
  3. Air rebusan daging
  4. Sos cili
  5. Sos tiram
  6. Daun bawang
  7. Bawang holland
  8. Baby corn
  9. Carrot
  10. Daun limau purut
  11. Garam
  12. Gula
  13. Sos ikan

 

Cara memasaknya:

  1. Mula-mula kita masukkan sedikit minyak.
  2. Selepas itu, kita masukkan 3 sudu besar sambal serbaguna Sambaleena.
  3. Seterusnya, masukkan daging yang telah direbus dan kita gaulkan sekali sampai sebati serta masukkan daun limau purut.
  4. Selanjutnya, kita masukkan air rebusan daging sedikit tapi kalau korang suka yang berkuah lebihkanlah ikut selera masing-masing dan tidak perlu masak lama-lama sebab daging dah empuk.
  5. Lalu, kita masukkan sos cili dan sos tiram serta letakkan garam dan gula secukup rasa ya.
  6. Kemudian, kita masukkan sayur carrot, baby corn dan bawang holland &  boleh masukkan sedikit sos ikan serta kacau sehingga sebati……

 

Dah siappp…..senangkan masak dengan produk Sambaleena….dah tak perlu duduk kat dapur tu lama-lama, sudahnya nanti makan dalam masa 10 minit – 15 minit je….Jadi selamat mencuba semua! Nanti kalau dah cuba tag la kami di instagram https://www.instagram.com/sambaleena.my/

 

 

 

 

 

 

Share This