Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls, uolls sihat ke tidak??? Harapnya semua sihat-sihat lah ye…..

Musim-musim PKP ni mesti ramai orang yang ada dekat rumah tu kan, bila petang-petang mesti masing-masing lapar nak makan sesuatu kan…..So harini Sambaleena nak berkongsi Resepi Cucur Yang Mudah Dengan Menggunakan Sambal Ketuk…..

Produk dari Sambaleena ni sangat membantu dan menjimatkan masa uolls semua tau….sebabnya Sambal Ketuk ni adalah produk “ready to eat” dan uolls boleh juga gunakan sambal ketuk ini ke dalam masakan uolls ye….bestkannn…..siapa je yang tak suka kerja cepat dan senang…..Selain itu, Sambal Ketuk ini juga boleh dimakan bersama dengan roti, bubur dan lain-lain lagi lah…..

Okaylah, jom kita sambung dengan resepi yang Sambaleena nak kongsikan harini untuk uolls….

 

RESEPI CUCUR YANG MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN SAMBAL KETUK

 

Bahan-bahannya:

Tepung Gandum

Sambal Ketuk

Carrot yang telah dipotong

Daun Bawang yang telah dipotong

 

Cara Memasak:

  1. Mula-mula kita masukkan 2 cawan tepung gandum untuk 2-3 orang makan tapi kalau ramai orang kat rumah tu tambahkan lah lagi ye……
  2. Selepas itu, kita masukkan daun bawang dan juga carrot.
  3. Lalu, kita masukkan pula 2 sudu besar sambal ketuk dan tambahkan air panas sedikit demi sedikit serta nak bagi dia ada krunchy-krunchy gitchuuu.
  4. Seterusnya, kita kacau sampai adunan cucur tu sebati.
  5. Kemudian,kita panaskan minyak dahulu dan masukkan cucur yang telah digaul tadi ke dalam minyak yang telah panas.
  6. Akhir sekali, kita kacau sedikit dan apabila sudah masak boleh angkat serta toskan minyaknya. Selepas itu, apalagi kita makan lah dengan sos cili lah uolls….baru terangkat….

 

Simple dan senangkan resepi yang Sambaleena kongsikan kepada uolls harini…..Selamat mencuba uolls….Kalau dah try nanti jangan lupa tag kami di Instagram https://www.instagram.com/sambaleena.my/

Oh lupa pula nak bagitahu kalau korang berminat nak beli set bumbu, set sambal atau produk yang lain, boleh order di website okay! Dekat sini pun ada tau untuk korang buat pembelian…

Arigatou gozaimasu! Mata ne’ di hari yang lain uolls  😘

 

Share This