Assalamualaikum dan apa khabar semua disana?

Harini Sambaleena nak sharing sesuatu kepada hangpa semua tentang khasiat dan kebaikan yang kita boleh peroleh daripada Tempe. sebut sahaja Tempe semua orang dah tahu apa itu Tempe kan. Ianya juga mudah didapati di kedai-kedai dan juga pasaraya di sekitar rumah hangpa semua kan. Kejap lagi kami nak sharing tentang fakta mengenai Tempe tau.

Tempe adalah sejenis makanan yang berkhasiat dan diperbuat daripada kacang soya yang sangat dikenali oleh masyarakat di Malaysia dan juga Indonesia dari zaman dahulu lagi. Tempe sangat kaya dengan sumber protein dan diperbuat daripada kacang soya yang melalui proses penapaian dengan menggunakan yis. Terdapat beberapa kaedah pembungkusan Tempe pada masa kini iaitu Tempe Tradisional yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang, daun keladi,daun lebar dan Tempe Moden pula dibungkus dengan menggunakan pembungkus plastik….

Proses untuk pembuatan Tempe sebenarnya agak rumit dan mengambil masa yang lama. Tempe perlu dibiarkan semalaman selepas dibungkus dengan daun ataupun plastik bagi membiarkannya diperam sehingga kacang-kacang soya itu bercantum dan terjadi lah Tempe. Mesti korang tengah bayangkan macam-macam jenis menu yang boleh dimasak dengan menggunakan Tempe. So hangpa semua dah ready ke nak berfakta sama-sama ni…

KHASIAT TEMPE

  • Protein yang terkandung didalam Tempe sangat tinggi dan mudah dicernakan bagi mengatasi cirit birit yang berpunca dari keracunan makanan.
  • Tempe juga mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dan mampu menurunkan tekanan darah yang baik bagi orang yang menghidap darah tinggi.
  • Superoksida desmutase yang terkandung didalam Tempe dapat mengendalikan radikal bebas yang baik untuk pesakit sakit jantung.
  • Untuk orang yang mengalami Anemia, kadar hemoglobin mereka akan mudah rendah disebabkan oleh kurangnya zat besi (Fe), tembaga (Cu),zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, unsur-unsur ini terkandung didalam Tempe. Jadi untuk menambah & menstabilkan kadar hemoglobin, mereka bolehlah
    makan Tempe ini dalam kuanti yang mencukupi.
  • Hasil kajian menunjukkan bahawa Tempe mengandungi agent anti bakteria yang dihasilkan oleh karang Tempe (R. Oligospuros) merupakan antibiotik bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman.
  • Daya hipokolestrol. Kandungan asam lemak padat pada Tempe dapat mengurangkan kadKhaar kolesterol. Sekiranya korang tidak menggemari oat, boleh cuba makan Tempe.
  • Selain itu, Tempe juga mempunyai sifat anti oksidan dan dapat mencegah risiko kanser.
  • Malah Tempe juga dapat mencegah masalah berlebihan dan kekurangan gizi dan pelbagai lagi penyakit. Untuk pengetahuan semua, Tempe juga boleh mencegah hypertension.
  • Kandungan kalsium Tempe yang tinggi dapat mencegah osteoporosis dan maksudnya tempe bagus dan sesuai untuk kekuatan tulang. Sekiranya hangpa semua tidak gemar minum susu, amalkanlah pengambilan Tempe didalam menu hangpa semua makan.

Macam mana dengan sharing kami harini, terdapat banyak khasiat dan kebaikan Tempe yang kita tidak ketahui selama ……Hangpa semua yang mengambil kira tentang pemakanan seimbang fikir-fikirkan lah ye. Apa-apa pun, pengambilan diet yang seimbang dalam pemakanan kita merupakan peranan yang penting.

 

Untuk pengetahuan hangpa semua, Sambaleena juga mempunyai produk yang berasaskan Tempe iaitu Sambal Tempe. Ramuan utama yang terdapat dalam Sambal Tempe ini ialah Tempe, ikan bilis dan kentang yang dimasak secara kering dan rangup.. Sambal Tempe ini mempunyai rasa pedas manis dan tekstrurnya yang garing. Sambal Tempe ini juga sesuai dimakan bersama dengan nasi, roti, bihun goreng, spaghetti, ketupat, dan pelbagai lagi sajian serta boleh juga dijadikan sebagai

Share This