Assalamualaikum & apa khabar semua, harapnya sihat lah ye. Selamat tahun baru semua, semoga tahun ini lagi baik buat kita semua dari tahun yang sebelumnya.

Uolls tengah buat ape tu???  Semua tengah berehat sambil memikirkan idea nak masak ape ke hari ini? So harini Sambaleena nak share resepi yang simple tapi sedap untuk uolls jadikan juadah atau lauk tengah hari serta boleh juga disediakan untuk minum petang. Uolls dah ready ke nak tau resepi ape yang Sambaleena nak share harini? Harini Sambaleena nak share Resepi Bergedil Daging Bersama Bumbu Putih. aduhhh tengah menulis pon boleh terliur wehhh….

Untuk pengetahuan korang, Sambaleena sebenarnya mempunyai Set Bumbu. Didalam Set Bumbu ini terdapat 4 jenis bumbu iaitu Bumbu Putih, Bumbu Kuning, Bumbu Hijau dan juga Sambal Serbaguna. Set Bumbu ini sangat berguna untuk uolls semua yang dah penat kerja, menguruskan rumah, mahu menyediakan hidangan untuk family, dan sebagainya. Senangkan? so uolls semua dah  tak perlulah nak blender atau tumbuk-tumbuk guna lesung batu bagai kalau nak masak nanti, guna je Set Bumbu daripada Sambaleena. Guarantee sedap!

 

RESEPI BERGEDIL DAGING BERSAMA BUMBU PUTIH

Bahan-bahan:

  • Daging cincang
  • Kentang
  • Telur
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Cili merah
  • Bumbu putih
  • Garam
  • Lada putih

 

Cara memasak:

  1. Firstly, kita panaskan minyak.
  2. Masukkan kentang yang telah dikupas dan dicuci bersih lalu angkat kentang yang digoreng tadi setelah ianya masak dan bertukar warna serta toskan minyaknya.
  3. Selepas itu, kita masukkan daging kisar, bumbu putih, tambahkan juga sedikit lada putih dan garam serta kacau sampai daging itu masak dan angkat.
  4. Seterusnya, kita lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi menggunakan senduk dan tambahkan sedikit garam, daging dan kita lenyekkan lagi serta masukkan cili merah, bawang goreng, daun sup dan gaulkannya sehingga sebati.
  5. Selanjutnya, kita bentukkannya menjadi bulat, setelah itu celupkan begedil tadi kedalam telur dan gorengkannya didalam minyak yang telah panas.
  6. Kemudian, kita tunggu begedil itu masak dan boleh angkat serta toskan minyaknya.

 

Yeahhh dah siap! so macam mana? Senang,cepat dan mudahkan memasak dengan menggunakan Set Bumbu daripada Sambaleena ni? uolls pon tak perlulah berdiri dekat dapur tu lama-lama kan. Kalau korang nak beli Set Bumbu daripada Sambaleena, korang boleh beli melalui website Sambaleena iaitu sambaleena.com ataupun korang juga boleh visit kami di instagram iaitu sambaleena.my 😘

Share This