Assalamualaikum dan hye semua. Musim-musim PKP ni korang semua buat ape je? Mesti semua dah bosan kan sebab PKP dan berkurung dalam rumah? Harap pandemik covid-19 ni boleh hilang dengan cepat dan kita boleh keluar berjalan dengan keluarga seperti dahulu.
Khasiat dan Keistimewaan Bawang Merah:
Komponen yang bersifat perubatan: Bawang merah telah digunakan dalam setiap masakan didunia ini. Bawang merah juga digunakan dalam bidang perubatan dan kesihatan sejak dahulu lagi. Para saintis telah membuat kajian dan hasilnya mendapati bahawa khasiat bawang merah ada daripada komponen sulfur yang merupakan agen antiplatelet.
Mengawal tahap gula dalam darah: Kandungan kuersetin ialah sejenis fitokimia yang terdapat kulit bawang merah dapat mengawal kadar hiperglisemia yang merupakan kandungan gula dalam darah boleh menjadi selepas makan. Korang semua boleh dapatkan khasiatnya dengan cara memakan bawang merah begitu sahaja dan dijadikan sebagai ulam.
Mengatasi masalah kemurungan: Kandungan kuersetin yang ada pada kulit bawang merah juga dapat bertindak sebagai agenti anti tekanan ataupun anti kemurungan kepada manusia. Pengambilan bawang merah dapat mengatasi masalah kemurungan dan ianya perlu diamalkan oleh pesakit.
Meningkatkan sistem imun: Selain itu, bawang merah juga dapat meningkatkan sistem imun, merawat keradangan dan dapat mempertahankan diri daripada penyakit.
Mencegah kanser: Bawang merah mengandungi zat quercetin dan dapat bertukar warna menjadi merah gelap. Menurut sebuah universiti dari luar negara, quercetin merupakan zat antioksidan yang dapat melawan radikal bebas yang berbahaya didalam tubh badan kita.
Mesti korang semua terkejut dengan khasiat yang ada pada bawang merah kan sebab kita banyak menggunakannya dalam setiap masakan kita tapi kita tidak sedar tentang khasiatnya yang sangat baik.
Bawang merah adalah bahan yang sangat penting dalam dunia masakan, perubatan dan kesihatan sejak dahulu lagi kerana dapat memberikan manfaat yang sangat baik kepada setiap penggunanya. Bawang merah juga digunakan dalam pembuatan produk untuk Sambaleena.
Bye semua. Ketemu neh kabeh!!!