Assalmualaikum dan salam sejahtera semua. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat lah ye. Harini Sambaleena nak share sesuatu dengan semua orang. Semua dah ready ke tu nak tau apa yang bakal kami share kan kepada semua?

Alright, harini Sambaleena nak share info atau maklumat tentang Khasiat Udang. Untuk makluman semua,terdapat pelbagai jenis udang yang berada di seluruh dunia. Udang juga boleh dijumpai di sungai, laut, dan lain-lain tempat lagi. Udang mendapat banyak permintaan daripada orang ramai disebabkan itu harga udang semakin meningkat saban hari. Udang sesuai dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Udang mempunyai rasa yang manis dan dapat mengeluarkan aroma yang sangat wangi serta sedap.

Khasiat Udang

Sumber protein yang tinggi: Udang mempunyai protein yang sangat tinggi dan ianya peting untuk menyokong dan membantu membina sel-sel baru tumbesaran. Ianya juga sangat penting dan dapat membantu menggantikan sel-sel tisu yang telah rosak.

Omega-3: Udang juga mempunyai Omega-3 untuk  menyokong kesihatan jantung dengan mengurangkan kandungan lemak dalam saluran darah.

Kadar kolesterol menurun: Dengan udang, kadar kolesterol dapat menurun, meningkatkan aliran hempedudan melegakan hati. Makanan laut juga dapat menurunkan tekanan darah dan menghilangkan sakit kepala. Ia juga dapat memberi sistem pencernaan berfungsi dengan baik, menghilangkan pedih ulu hati dan gastrik. Fungsi yang lain adalah dapat meningkatkan kadar metabolisme dan berat badan yang seimbang.

Okay semua, mesti semua tak sangka dengan khassiat yang ada pada udang kan? Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat udang. Kalau kami share semua, tak cukup muka surat blog ni! hehe.

Untuk makluman semua, korang semua juga boleh pergi ke FB sambaleena.my hq dan IG sambaleena.my untuk mendapatkan segala info yang terkini mengenai Sambaleena serta boleh juga sertai contest yang kami adakan untuk memenangi hadia-hadiah yang menarik dan berbaloi.

Bye semua, jumpa lagi di waktu yang lain!

 

Share This