Assalamualaikum & apa khabar semua, harapnya sihat lah ye. Semoga tahun ini lagi baik buat kita semua dari tahun yang sebelumnya.

Uolls tengah buat ape tu? Semua tengah berehat sambil memikirkan idea nak masak ape ke hari ini? So harini Sambaleena nak share resepi yang simple tapi sedap untuk uolls lauk tengah hari. Resepi yang kami nak kongsikan ini sangat popular dikawasan pantai timur. So, semua dah ready nak tau resepi ape yang bakal Sambaleena kongsikan harini? Resepi yang mahu kami kongsikan kepada semua pada harini adalah Resepi Singgang Ikan Power Bersama Bumbu Kuning

 

Resepi Singgang Ikan Power

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung
  • Serai
  • Cili
  • Tomato
  • Asam keping
  • Bumbu kuning

 

Cara memasak:

  1. Mula-mula, kita didihkan air dalam kuali dan masukkan beberapa sudu bumbu kuning serta kacaunya sebentar.
  2. Selepas itu, kita masukkan sebatang serai dan kacaukan lagi.
  3. Lalu, kita masukkan asam keping.
  4. Apabila dah mendidih, kita masukkan ikan kembung dan tunggu sehingga ikan itu masak.
  5. Akhir sekali, bila ikan dah masak, kita masukkan tomato dan cili api merah dan tunggu seketika.

 

Okay, dah siap! so macam mana? Senang, cepat dan mudahkan memasak dengan menggunakan Bumbu Kuning dan uolls pon tak perlulah berdiri dekat dapur tu lama-lama kan. So, kalau korang nak beli Bumbu Kuning atau Bumbu yang lain daripada Sambaleena, korang boleh beli melalui

Website : https://sambaleena.com/

Facebook : https://www.facebook.com/sambaleena

Instagram : https://www.instagram.com/sambaleena.my/

Shopee : https://shopee.com.my/sambaleena.hq

Share This