Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harapnya semua berada dalam keadaan yang sihat, InsyaAllah. Harini Sambaleena nak share sesuatu dengan korang semua. Korang semua dah ready ke?
Alright, harini Sambaleena nak share sedikit info ataupun fakta tentang Khasiat Cili yang sangat unik. Untuk pengetahuan korang semua, Cili sangat terkenal di negara Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Indonesia, dan juga Thailand kerana masyarakat di negara-negara ini banyak menggunakan cili dalam setiap masakan dan juga makanan mereka.
Nama saintifik bagi Cili ialah Capsicum spp, ianya juga sejenis sayuran yang berbuah daripada famili Solanaceae. Terdapat pelbagai spesies Cili yang ada didunia tetapi ada beberapa spesies Cili yang terdapat di Malaysia iaitu Cili besar, Cili padi, Cili kampung, Cili kering dan juga Cili capsicum. Korang semua geng makan pedas ke tak pedas??? Kalau kami di Sambaleena sudah semestinya geng pedas lahhh, klau tiada sambal mesti rasa macam tak lengkaplah makanan kiteorg. Kalau uolls nak tau sebenarnya terdapat banyak Khasiat yang kita boleh peroleh daripada Cili tanpa kita ketahui.
Khasiat Cili yang unik:
Menurunkan kadar gula dalam darah: Seorang penyelidik daripada luar negara telah membuktikan bahawa pengambilan Cili didalam kehidupan harian boleh memberikesan yang positif kepada orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan juga pesakit kencing manis.
Meningkatkan kesihatan jantung dan mencegah strok: Cili mempunyai kesan yang baik pada kesihatan kita dengan cara meningkatkan peredaran darah dan juga dapat melindungi diri kita daripada terkena serangan strok.
Bertindak sebagai terapi dan penenang: Hal ini disebabkan oleh endorfin yang dikeluarkan oleh otak yang memberikan rasa nikmat dan seronok apabila kita makan dan membuatkan kita menjadi ketagih untuk memakannya lagi walaupun ianya pedas.
Mencegah kanser prostat: Terdapat kajian yang mengatakan bahawa orang yang mengambil banyak Cili dalam pemakanan mereka mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser prostat.
Cili membantu membakar lemak: Capsaicin merupakan sebatian termogenik dan boleh meningkatkan kadar metabolisme yang dapat membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan Cili didalam pemakanan harian kita dapat meningkatkan kadar metabolisme kita sehingga 23% selama 3jam.
So macam mana? Mesti korang semua terkejutkan dengan khasiat unik yang ada pada Cili kan. Terdapat banyak manfaat ataupun khasiat yang boleh kita dapat daripada makan Cili ni sebenarnya. Untuk pengetahuan korang semua, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan Produk Sambaleena adalah Cili. Antara Cili yang digunakan untuk membuat Produk Sambaleena adalah Cili kering, Cili padi dan juga Cili besar.
Kalau korang nak dapatkan sambaleena, boleh laju laju ke
Website : https://sambaleena.com/
Facebook : https://www.facebook.com/sambaleena
Instagram : https://www.instagram.com/sambaleena.my/
Shopee : https://shopee.com.my/sambaleena.hq