Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap korang semua sentiasa sihat ye. Korang semua tengah buat ape tu? Masih memikirkan nak masak menu ape ke? 👀

Hari ini Sambaleena nak share satu resepi yang mudah, cepat dan sedap dengan korang yang boleh membuatkan family korang semua tambah nasi punya lah. Korang dah ready nak tau resepi ape yang bakal kami share untuk korang semua harini? Resepi yang Sambaleena nak share dengan korang adalah Resepi Sambal Sardin Petai Bersama Bumbu HIjau. Macam mana, korang excited tak? Jom kita mulakan.

 

Resepi Sambal Sardin Petai Bersama Bumbu Hijau Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:

  • Bumbu hijau
  • 1 tin sardin
  • Petai yang dikupas
  • Garam
  • Gula

 

Cara memasak:

  1. Pertama, letak sedikit minyak dan tunggu sehingga panas.
  2. Seterusnya, kita masukkan sesudu bumbu hijau dan kacaukan sekejap.
  3. Selepas itu, kita masukkan satu tin sardin dan kacau sehingga sebati dengan bumbu hijau tadi.
  4. Lalu, kita masukkan garam, gula dan juga petai yang telah dikupas tadi.
  5. Kemudian, kita kacau sampai semuanya sebati.

 

Yeahhh, dah siap!  So macam mana, cepat dan mudahkan resepi yang kami share dengan korang ni? Kalau makan dengan nasi putih panas-panas, mesti bertambah punyalah.

Untuk sesiapa yang nak order produk dari Sambaleena boleh lah visit kami

Website : https://sambaleena.com/

Facebook : https://www.facebook.com/sambaleena

Instagram : https://www.instagram.com/sambaleena.my/

Shopee : https://shopee.com.my/sambaleena.hq

Bu keqi. Zaijian dou👋

 

Share This