Ikan bilis tidak asing lagi dalam masakan Melayu kita. Ada yang menjadikannya sebagai perencah, digoreng dan dibuat sambal, tidak kurang pula yang menggunakannya sebagai bahan perasa. Bagi yang berpantang selepas bersalin, ikan bilis merupakan makanan yang tidak asing lagi kepada mereka. Sangat menyelerakan.

Image result for khasiat ikan bilis

Khasiat dan kebaikan ikan bilis

Vitamin A: Satu hidangan ikan bilis bersamaan dengan 100g, memberikan kira-kira 50,000IU (International Unit) Vitamin A. Menurut National Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A mempunyai peranan yang penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel, serta membantu untuk mengawal penyeliaan sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan mata dan pernafasan yang baik, kawasan kencing dan usus.
Kalsium: Ikan bilis mempunyai sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100g ikan bilis dapat menyediakan sehingga 147mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk pembangunan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat bagi seseorang manusia.
Kalium: Jika kita ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet kita, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai 383 mg kalium bagi setiap hidangan. Kalium adalah sangat penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia penting untuk pencernaan normal dan fungsi otot.
Selenium: Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36mcg setiap hidangan. Selenium digunakan untuk penyakit jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, serta untuk membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.
Mesti semua tak sangka dengan khasiat dan kebaikan yang ada pada ikan bilis kan. Untuk pengetahuan semua, ikan bilis adalah satu daripada bahan yang digunakan dalam menghasilkan produk-produk Sambaleena. Terdapat variasi Produk Sambaleena yang korang boleh pilih antaranya sambal yang sedikit basah, sambal yang kering, set bumbu, dan juga set untuk orang berpantang serta untuk orang yang nak kurus atau sihat pon boleh tau.
So apa yang korang tunggu lagi, jom dapatkan produk Sambaleena sekarang.

Website : https://sambaleena.com/

Facebook : https://www.facebook.com/sambaleena

Instagram : https://www.instagram.com/sambaleena.my/

Shopee : https://shopee.com.my/sambaleena.hq

Share This