Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. harini Sambaleena nak share something dengan korang semua. So, jom kita mulakan! Tomato adalah satu daripada buah yang paling serba boleh dan dapat digunakan secara meluas. Separuh orang lebih suka makan secara mentah dan ada juga yang suka jadikan tomato sebagai lauk pauk yang dimasak bersama sayuran yang lain. Tomato juga ditambah dalam apa-apa sahaja sajian atau juadah seperti sos, sup, jus, salad, kari, nasi, telur, tomyam dan bermacam lagi.

Khasiat dan kebaikan tomato

Sumber Vitamin: Sebiji tomato boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan. Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. Tomato juga tinggi dengan kandungan vitamin K yang bagus untuk tulang anda.

Baik untuk kesihatan jantung: Tomato mempunyai antioksidan yang dinamakan lycopene. Ianya adalah antioksidan yang dapat berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung. Para saintis mendapati bahawa makan produk berasaskan tomato adalah lebih efektif berbanding mengambil suplemen lycopene. Menurut hasil kajian lagi, orang yang mempunyai kandungan darah yang tinggi dengan antioksidan ini kurang berisiko menghidapi sindrom metabolik yang merupakan faktor atau punca risiko penyakit jantung, strok dan diabetes.

Bagus untuk kesihatan kulit: Pengambilan tomato sangat bagus untuk kecantikan kulit wajah. Ini kerana tomato dapat melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahri dan menghasilkan pro-kolagen, yang berfungsi bagi mengekalkan struktur kulit untuk membuatkan individu kelihatan awet muda dan cerah.

Bagus untuk mata: Tomato sangat bagus untuk mata kita. Tomato juga mempunyai kandungan lycopene, lutein dan beta carotene, yang dapat berfungsi membantu melindungi mata daripada katarak dan macular degeneration.

Bagus untuk sistem pencernaan: Tomato juga dapat membantu  orang yang kerap mengalami masalah sembelit. Ini kerana tomato mengandungi kandungan serat dan cecair yang agak tinggi. Kita juga perlu berhati-hati kerana bagi sesetengah individu, asid daripada tomato yang dimasak boleh mengakibatkan perut menjadi senak dan asid refluks.

Dah dapat ilmu untuk khasiat Dan kebaikan tomato? Mari selitkan tomato dalam pemakanan seharian kita okay! 😘

Share This