Assalamualaikum dan hai semua. Waktu PKP sekarang ni uollss buat ape je, memasak, membaking, melukis, belajar online? cuba cerita pada kami.

Harini Sambaleena nak share dengan korang satu resepi yang best tau! Resepi yang bakal kami share harini memang mudah dan sodap bak angg. Uolls dah ready nak tau resepi ape yang bakal Sambaleena share harini?  Resepi yang bakal kami share kan adalah Resipi Bihun Goreng Daging Dengan Menggunakan Sambal Serbaguna dari Sambaleena. So jom kita mulakan sesi memasak kita!

 

Resepi Bihun Goreng Daging Dengan Menggunakan Sambal Serbaguna

 

Bahan-Bahan:

  • Sambal serbaguna
  • Bihun yang telah dicelur
  • Tauge
  • Kubis
  • Fishcake
  • Daging kisar
  • Kicap
  • Garam

 

Cara Memasak:

  1. Mula-mula, kita masukkan minyak dan tunggu sampai panas.
  2. Seterusnya, masukkan 4 sudu besar sambal serbaguna dan masukkan daging kisar serta kacau sehingga daging kisar tadi telah masak.
  3. Selepas itu, kita masukkan fishcake dan kacau sampai masak.
  4. Lalu, kita masukkan bihun yang telah dicelur sebentar dengan air panas. Masukkan kubis, kicap dan gaulkan sehingga rata.
  5. Kemudian, masukkan garam dan kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali, kita masukkan tauge dan gaulkan sehingga rata.

 

Dah siap masakan kita! Mudahkan resepi masakan yang kami share kepada uolllss harini. Menu ini sesuai disajikan pada bila-bila masa sahaja untuk family. Oh untuk uollss yang nak beli produk Sambaleena, uollss boleh pergi ke website sambaleena.com dan shopee sambaleena.hq.

Okaylah setakat itu sahaja perkongsian kami dari Sambaleena harini, selamat mencuba! 😘

 

Share This