Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Uolls buat ape je waktu PKP ni? Harapnya semua dalam keadaan yang baik dan sihat-sihat sahaja.
So harini korang dah ada idea ke nak masak lauk apa? Harini Sambaleena nak share resepi yang ringkas dan senang sahaja untuk dihidangkan kepada family uolls. Korang dah ready ke tu nak tau resepi apa yang bakal Sambaleena share? Kalini Sambaleena nak share Resepi Mee Segera Goreng Bersama Bumbu Hijau, menarik tertarik kau memang debom gitchu.
Resepi Mee Segera Goreng Bersama Bumbu Hijau
Bahan-bahannya:
- Sayur kobis
- Mee Sedap
- Lobak merah
- Daging kisar
- Bumbu hijau
Cara memasak:
- Mula-mula, rebuskan dahulu mee segera sehingga lembut dan angkat serta toskan airnya.
- Selepas itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan sesudu bumbu hijau dan kacaukan sehingga sebati.
- Lalu, masukkan daging kisar, masukkan juga rencah dari mee segera tadi dan gaulkan sehingga rata.
- Seterusnya, masukkan sayur kobis, masukkan juga lobak merah dan masukkan mee segera yang telah direbus tadi.
- Kemudian, masukkan sedikit garam, masukkan juga kicap, dan gaulkan sehingga rata.
Dah siap! Senangkan masak dengan menggunakan produk Sambaleena. Sebenarnya, Sambaleena ada mengeluarkan Set Bumbu yang terdiri daripada bumbu hijau, bumbu kuning, bumbu putih dan sambal serbaguna. Set bumbu ni boleh digunakan untuk memudahkan dan menjimatkan masa korang untuk memasak. Best dan senang weh nak masak dengan produk Sambaleena. Dah tak perlu duduk kat dapur tu lama-lama, sudahnya nanti makan dalam masa 10 minit – 15 minit je. Jadi selamat mencuba semua! Nanti kalau dah cuba, jangan lupa tag kami di instagram Sambaleena.my.