Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kami dari Sambaleena berharap semua orang dalam keadaan yang sihat dan baik-baik sahaja.
Korang tengah buat ape je tu? Harini Sambaleena ada nak share resepi dengan semua pada harini adalah Nasi Daging & Kuah Asam. Masakan ini sangat terkenal di kawasan belah utara. So, jom kita mulakan sesi memasak kita!
Resepi Nasi Daging & Kuah Asam
Bahan-bahannya:
Nasi Daging
- Beras basmathi
- Daging yang telah direbus dan dihiris
- Air rebusan daging
- Susu cair
- Bancuhan rempah kurma
- Sos cili
- Serai
- Kiub ayam
- Rempah 3 sekawan
- Daun pandan
- Daun sup
- Bumbu putih
Kuah Asam
- Air asam jawa
- Belacan
- Tomato
- Cili api
- Bawang besar
Cara memasak:
- Mula-mula, panaskan minyak, letakkan sedikit mentega, masukkan rempah 3 sekawan, serai, daun pandan dan masukkan bumbu putih serta kacaukan sedikit.
- Selepas itu, masukkan rempah kurma yang telah dibancuh, masukkan sos cili, kiub ayam dan kacau sampai pecah minyak serta masukkan daging yang telah direbus dan dihiris.
- Lalu, kacaukannya lagi sehingga sebati, masukkan air rebusan daging, masukkan juga susu cair dan masukkan beras yang telah dicuci serta biarkannya sehingga nasi masak.
- Untuk kuah asam pula, masukkan sedikit belacan kedalam mangkuk, masukkan juga tomato dan gaulkan sampai sebati.
- kemudian, masukkan sedikit garam, gula, gaulkan lagi dan masukkan cili api dan bawang besar, serta masukkan sedikit air dan gaulkannya sampai sebati.
Yeah, dah siap! So macam mana, cepat dan mudahkan resepi yang kami share dengan korang dengan menggunakan produk daripada Sambaleena kalini. Kalau makan dengan nasi putih waktu panas-panas tu mesti bertambah punyalah. Untuk sesiapa yang nak order produk dari Sambaleena boleh lah visit kami di website kami iaitu sambaleena.com, shopee sambaleena.hq, FB sambaleena.my hq dan IG sambaleeena.my serta setiap pembelian 4 botol sambal keatas akan berpeluang join lucky draw untuk dapatkan hadiah yang menarik.