Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. harini Sambaleena nak share something dengan korang semua. So, jom kita mulakan!
Ubi kentang sangat mudah didapati dan harganya juga sangat berpatutan serta sememangnya sedap. Ubi kentang adalah antara bahan yang selalu digunakan dalam sajian sama ada masakan Barat, Cina, India atau Melayu mengikut jenis menu disediakan. Malah, dianggarkan lebih satu billion penduduk dunia menjadikan kentang sebagai menu utama harian mereka. Namun, ada sebilangan individu mengelak daripada memakan ubi kentang. Ini disebabkan oleh kandungan karbohidrat yang terdapat didalam ubi kentang menyumbang kepada pertambahan berat badan. Tanpa disedari tindakan itu sangat merugikan mereka kerana ubi kentang mempunyai sumber karbohidrat yang kaya dengan pelbagai zat makanan didalamnya.
Khasiat dan kelebihan ubi kentang:
Baik untuk kesihatan jantung: Ubi kentang adalah makanan yang baik untuk kesihatan jantung. ini kerana ubi kentang mempunyai karotenoid yang dapat membantu jantung berfungsi dengan baik. Selain itu, ubi kentang juga memiliki vitamin C dan B6 yang dapat melindungi radikal bebas daripada menjangkiti jantung.
Dapat menurunkan berat badan: Sekiranya merebus ubi kentang sahaja tanpa menambah sebarang perasa seperti garam, gula dan sebagainya, ianya dapat menurunkan berat badan kita. Ubi kentang mengandungi serat yang tinggi. Justeru itu, ia dapat membuatkan korang rasa lebih kenyang dan bertenaga.
Merawat kulit kering: Tekstur ubi kentang yang agak berair dan lembab boleh digunakan bagi mengatasi masalah kulit kering. Caranya adalah jadikan ubi kentang sebagai masker wajah dan ia dapat membantu memberikan nutrien untuk melembapkan kulit. Korang hanya perlu memotong nipis ubi kentang, rendam dalam air dan letakkan pada wajah dalam 10 minit. Selepas itu, korang sendiri akan rasa kelembapan pada wajah masing-masing.
Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata: Selain daripada timun, ubi kentang juga memperolehi sifat kesegaran dan sejuk. Ianya juga sesuai bagi menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Caranya adalah dengan menghiris kentang, sejukkan ia seharian dan letakkannya pada mata dimalam hari sebelum tidur. Lakukan ini secara kerap untuk mendapatkan kesannya.
Melancarkan pencernaan: Ubi kentang yang kaya dengan serat ini juga dapat memberi kelancaran untuk sistem pencernaan kita. Apabila pencernaan lancar kita juga dapat mengelak daripada mendapat penyakit kanser usus. Ubi kentang sememangnya mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja untuk kesihatan malah ianya juga bagus untuk kecantikan. Jadi, korang boleh tambahkan menu ubi kentang dalam pemakanan harian kita
Untuk makluman semua, ubi kentang juga merupakan bahan yang digunakan dalam membuat produk Sambaleena. Produk Sambaleena yang menggunakan ubi kentang adalah “Sambal Tempe”.Ramuan utama Sambal Tempe adalah tempe, ubi kentang dan ikan bilis yang dimasak kering dan rangup. Sambal Tempe boleh dimakan begitu sahaja, nasi, roti, spaghetti, bihun goreng, dan sebagainya. Sambal Tempe ini juga antara produk kami yang best seller tau!
Untuk sesiapa yang nak order produk dari Sambaleena boleh lah visit kami di website kami iaitu sambaleena.com, shopee sambaleena.hq, FB sambaleena.my hq dan IG sambaleeena.my. Untuk makluman semua, korang semua juga boleh pergi ke FB sambaleena.my hq dan IG sambaleena.my untuk mendapatkan segala info yang terkini mengenai Sambaleena serta boleh juga sertai contest yang kami adakan untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik dan berbaloi.