Assalamualaikum dan salam sejahtera, korang semua tengah buat ape dan dah sarapan ke belum?

Pada masa sekarang ni, pasti ramai yang berada di rumah sendiri disebabkan oleh situasi Pandemik Covid-19. Jadi mesti ramai penghuni-penghuni rumah korang semua asyik lapar dan meminta makanan untuk mereka makan kan.

Harini Sambaleena nak share dengan korang satu resepi yang sangat menarik dan sedap. Bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak resepi kali ini juga sangat mudah disediakan. Korang semua dah sedia nak tau resepi apa yang Sambaleena nak share harini? Resepi yang Sambaleena nak share kan kepada korang semua ialah Resepi Ayam Goreng Mamak Bersama Bumbu Kuning. Jom kita start cooking session kita.

 

Resepi Ayam Goreng Mamak Bersama Bumbu Kuning

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Daun kari
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Sebiji telur
  • Air
  • Garam
  • Bumbu kuning

 

Cara memasak:

  1. Mula-mula, masukkan 2 sudu kecil bumbu kuning, serbuk kari, serbuk cili dan gaulkan sampai rata.
  2. Seterusnya, masukkan sedikit tepung jagung, tepung gandum, daun kari, garam dan gaulkan sampai sebati.
  3. Lalu, kita masukkan sebiji telur dan kacaukan.
  4. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam minyak yang telah panas.
  5. Akhir sekali, tunggu ayam itu sehinga betul-betul masak dan angkat serta toskan minyak.

 

Dah siap menu masakan kita harini! Menu ini sangat sesuai dihidangkan kepada family, apatah lagi dihidangkan semasa masih panas dan rangup. Menu seperti ini pasti dapat memikat hati family korang terutamanya budak kecil, silap hari bulan tak cukup satu pasti minta lagi. Untuk pengetahuan semua sebenarnya, bahan yang ada di dalam bumbu kuning ini terdiri daripada bawang merah, bawang putih, minyak, kunyit, rempah, halia, lengkuas dan juga garam serta ianya juga sesuai dijadikan sebagai bahan perapan dan digunakan sebagai rencah masakan yang lain.

Lupa pula, untuk korang yang nak mendapatkan dan membeli Set Bumbu dari Sambaleena, boleh pergi ke website sambaleena.com, shopee sambaleena.hq dan lazada sambaleena.my. Korang juga boleh visit ke IG sambaleena.my dan FB sambaleena.my hq.

Bye! Jumpa lagi di hari yang lain.

 

 

 

Share This