Assalamualaikum & selamat petang warga internet! Hari ini Sambaleena nak share tentang khasiat bunga cengkih dalam masakan! Ada lagi yang tak tahu rupa bunga cengkih? Okay mari mulakan!

Bunga cengkih ialah putik bunga daripada pokok cengkih yang juga dikenali sebagai Syzygium aromaticum. Cengkih boleh didapati dalam serbuk mahupun biji. Di mana, ianya berasal daripada negara Indonesia. Namun, di Malaysia juga ianya kini telah mula ditanam dan dikomersial.

Cengkih kebiasaannya digunakan sebagai bahan perasa untuk membakar, di tambah sebagai perisa ke dalam minuman panas, mahupun digunakan di dalam biskut dan kek. Kebanyakan masakan orang berketurunan India menggunakan cengkih sebagai bahan wajib dalam masakan mereka.

Cengkih sangat terkenal sebagai rasa yang manis dan rempah yang beraroma, namun begitu cengkih juga telah digunakan di dalam perubatan tradisional. Adakah anda tahu kandungan nutrisi cengkih yang memberikan khasiat kepada manusia?

10 Khasiat Bunga Cengkih pada Kesihatan

  1. Kaya dengan antioksidan
  2. Membantu mencegah penyakit kanser
  3. Dapat mencegah keracunan makanan
  4. Membantu kesihatan mulut
  5. Membantu mengawal gula dalam darah
  6. Menggalakkan kesihatan tulang
  7. Membantu melegakan ulser di perut
  8. Digunakan sebagai ubat penahan sakit
  9. Membantu melegakan penyakit pernafasan
  10. Mempunyai sifat antithrombotik

Pengambilan cengkih dalam masakan tidak mempunyai kesan ketara kepada tubuh badan. Namun, pati minyak dikira selamat penggunaannya jika diambil dalam kuantiti yang rendah dari 1500mg/kg berat badan. Sekiranya diambil dalam kuantiti yang lebih akan memberikan kesan kepada hati.

Anda dapat sesuatu hari ni? Kongsikan! 😁

 

Share This