Assalamualaikum dan hai semua!  Semoga sihat selalu dan diberi kesihatan yang baik hendakNya. Ada tak kadang korang rasa bosannya makan nasi warna putih je tiap hari?

Okay hari nie Sambaleena nak share dengan korang resepi Nasi hujan panas gebu gebas tau! Kenapa gebu gebas? Jom, check it out!

Bahan – bahan :

  • Beras Basmathi
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serai
  • Daun pandan
  • 3 sekawan
  • Susu cair
  • Kiub ayam
  • Pewarna makanan

 

Cara – cara memasak :

Mula mula panaskan minyak. Kemudian, masukkan bawang merah, halia, daun pandan, serai dan juga 3 sekawan untuk ditumis sehingga layu dan naik bau. Masukkan juga kiub ayam.

Selepas itu, masukkan beras basmathi, air serta susu cair mengikut kuantiti beras yang digunakan. Boleh letakkan juga sedikit seasoning untuk penambah rasa dan gaul sebati. Biarkan nasi sehingga sudah masak.

Selepas nasi siap dimasak, lubangkan di part mana yg nak dilubangkan untuk letakkan pewarna makanan. Ikut kepada korang nak gunakan warna apa okay. Warna warni lebih cantik. Kemudian, gaul dengan nasi dengan rata.

Dah siapppp~ Mudahkan buat nasi hujan panas gebu gebas nie kan? Selamat mencuba! 😍

 

Share This