Assalamualaikum dan hai. Selamat pagi semua! Semoga hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Semua sihat? Jangan lupa untuk ambil vitamin C ya dalam kehidupan seharian. Ingatt, kita masih belum menang!

Mesti ada yang tak tahu kan tempe nie berasal dari mana? Okay Sambaleena akan terangkan serba sedikit asal usul dan kebaikan tempe.

TEMPE antara makanan tradisi masyarakat Jawa yang turut digemari segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Makanan yang dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya itu dipelbagaikan dalam pelbagai jenis masakan dan ia juga boleh dimakan begitu sahaja.

Kandungan nutrisi protein di dalam tempe dikatakan lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik.

Enzim proteolitik dapat memecahkan rantai panjang protein menjadi zat yang dapat dicernakan dengan mudah oleh tubuh.

juga mengandungi lemak yang lebih sedikit, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zatbbesi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenat, piridoksin, biotin, vitamin B12, dan retinol yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan daging.

Selain itu, tempe juga kaya dengan kalsium, mengandungi antioksidan serta dan keradangan.

Lebih mengujakan, tempe juga dikatakan dapat membantu mencegah hipertensi.

5 Manfaat bagi kesihatan tubuh badan

  1. Membangun dan memperbaiki sel tubuh yang rosak
  2. Menurunkan risiko osteoporosis
  3. Mencegah anemia
  4. Hentikan reaksi radikal bebas
  5. Membantu menurunkan berat badan

 

Antara menu yang korang boleh sediakan menggunakan tempe adalah sambal goreng jawa, sambal tempe ikan bilis, tempe goreng kicap, tempe goreng daun kari, tempe bakar bersama cili padi, tempe bali, tempe goreng bersama petai, tempe berlado, tempe tumis bersama udang, tempe nugget masam manis.

Banyakkan khasiat tempe dan pelbagai menu yang boleh dipelbagaikan dengan hanya satu bahan utama tersebut! Jangan lupa amalkan okay dalam kehidupan seharian.

Jumpa lagi di lain hari 😘

Share This