Assalamualaikum dan Hai semua! Semua sihat belaka? Bila dah lama duduk rumah mesti dah takde idea nak masak apa dah kan? Okay, hari nie Sambaleena nak kongsikan satu resepi mudah, ringkas dan semestinya sodap bak anggg iaitu sambal sotong petai 😋
Resepi tersebut hanya perlukan 3 sahaja bahan. So, jom check it out!
Bahan – bahan :
- Sotong
- Petai
- Sambal Serbaguna
- Garam
- Gula
- Bawang Holland
Cara-cara untuk memasak :
Mula-mula, panaskan minyak. Masukkan sambal serbaguna dan tunggu sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan petai dan gaul rata, tunggu sehingga petai tersebut masak sedikit. Masukkan sedikit garam dan gula ikut citarasa.
Selepas itu, masukkan sotong yang sudah dicuci bersih, gaul rata dan tunggu sehingga sotong masak.
Akhir sekali, masukkan bawang holland yang telah dipotong menambah penyedap dan pemanis dalam masakan.
Yesss, so easy guys! Masak tak smpai 10 minit pun dah siap 😋 untuk korang yang nak dapatkan sambal serbaguna ini boleh cari di website sambaleena.com dan shopee sambaleena.hq.
Have a nice day dan selamat mencuba! 😘