Assalamualaikum dan hai semua.  Selamat petang!  Hari nie kita bagi ilmu sikit tentang lengkuas. Ada yang tidak tahu rupa lengkuas?

Haa, inilah rupa lengkuas! Mesti ada yang keliru kan? 🤭 Lengkuas digunakan dalam masakan.

Selain dikenali sebagai bahan bumbu dapur, ternyata lengkuas memiliki banyak sekali manfaat bagi kesihatan. 

Lengkuas rupanya lebih kurang halia dan kunyit, sehingga banyak orang yang keliru membezakannya.

Sama seperti halia dan kunyit, lengkuas memiliki rasa unik dan nutrisi yang tinggi. Disebabkan itu, lengkuas dijadikan bumbu masakan yang dapat menambah citarasa makanan.

Selain sebagai bumbu, Lengkuas ternyata memiliki kandungan yang dapat menyihatkan tubuh kita seperti galanginbeta-sitosterol, quercetin, alpin, dan flavonoid lainnya yang baik untuk tubuh.

Selain itu, lengkuas juga mengandung vitamin A, vitamin C, zat besi, serat makanan, dan karbohidrat yang baik.

MANFAAT LENGKUAS

  1. Melindungi kulit dari Infeksi
  2. Merawat asma
  3. Menjaga kesihatan otak
  4. Menurunkan paras kolestrol
  5. Melegakan demam
  6. Melawan kanser
  7. Meningkatkan kesuburan lelaki
  8. Merawat diabetes
  9. Melegakan batuk dan sakit tekak
  10. Kaya dengan antioksidan

Lengkuas banyak digunakan dalam masakan seperti rendang, asam pedas dan perapan.

Dapat sesuatu? Boleh gunakan lebih lengkuas selepas ini dalam masakan kan? 😁

Tidak dilupakan Sambaleena mempunyai set bumbu yang boleh membantu menjimatkan masa di dapur! Boleh dapatkan di website sambaleena.com, Shopee sambaleena.hq, instagram sambaleena.my. Selamat beramal!

 

 

Share This