- Assalamualaikum dan hai warga internet! Apa khabar semuanya? Sihat? Di waktu pandemik covid19 ni seeloknya sediakan makanan di rumah untuk seisi keluarga dan amalkan pengambilan vitamin C okay.
Seperti tajuk di atas, Sambaleena akan berikan resepi kari daging ringkas dan sedap untuk korang cuba memasak di rumah. Okay jom kita mulakan! 🤩
Bahan – bahan :
- Daging
- Santan
- Ubi kentang
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- 4 sekawan
- Daun kari
- Serbuk kari daging
Cara – cara memasak :
Mula-mula panaskan minyak, masukkan bawang besar, halia serta bawang putih yang dipotong halus sehingga layu sedikit.
Kemudian, masukkan daun kari dan 4 sekawan. Masukkan juga serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tunggu sehingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan daging serta gaul rata dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan 1-2 sudu sambal serbaguna dan gaul rata sekali lagi.
Masukkan air mengikut kuantiti yang dikehendaki dan masukkan ubi kentang. Terus masukkan santan sedikit dan tunggu sehingga kentang dan daging tersebut masak.
And taraaa. Siap sudah hidangan kita. Korang jangan lupa