Assalamualaikum dan hai semua! Sihat? Harapnya semua sihat dan sentiasa amalkan vitamin C ya sehari sekali. Moga ditamatkan wabak covid19 secepatnya supaya kita dapat hidup sepsrti sediakala.
Ok, hari ni kita akan beri info tentang asam jawa. Serba sedikit tentang Asam jawa ini, ia kaya dengan vitamin B, kalium, magnesium, zat besi, kalsium, fosfor, serat dan karbohidrat.
Kandungan karbohidrat dalam asam jawa tersimpan dalam bentuk gula yang banyaknya hampir sama dengan 17 sudu teh.
1. Melancarkan sistem pencernaan
Salah satu kebaikan asam jawa untuk kesihatan manusia adalah untuk melancarkan sistem pencernaan bagi mereka yang mengalami masalah itu.
Ia mampu mengatasi masalah sembelit, malah ia sudah menjadi amalan oleh masyarakat di benua Afrika dengan mencampurkan asam jawa dengan perahan lemon dan madu sebelum diminum airnya.
2. Bersifat anti radang
Kulit asam jawa sebenarnya ada kegunaan dalam mengurangkan radang dan rasa kurang selesa atau sakit-sakit pada badan.
3. Mengawal kandungan gula
Ekstrak biji asam jawa mampu menurunkan kadar gula dalam darah malah uji kaji terhadap haiwan juga membuktikan perkara itu.
Asam jawa mampu membantu merendahkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes.
4. Cepat menyembuhkan luka
Daun pokok asam jawa boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Secara tradisionalnya, daun akan direbus sebelum ditumbuk lumat untuk disapu pada bahagian luka.
5. Kaya antioksidan
Antioksidan penting untuk melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung. Kandungan antioksidan dalam asam jawa juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
Asam jawa bukan sahaja diletakkan dalam masakan, boleh juga dibuat untuk minuman tau. Lagi-lagi yang suka air yang rasa masam-masam tu kan, ada yang dijadikan jajan (gula-gula asam jawa). Banyak juga khasiat asam jawa nie kan?
Semoga ilmu ini bermanfaat. Jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian. Jumpa lagi di lain hari! 😘