Assalamualaikum dan hai semua. Selamat petang. Dah makan petang ke tu?

Ok, rempah selalu digunakan dalam masakan tetapi ramai yang tidak mengetahui khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.

Apa khasiatnya untuk kesihatan? Jom baca perkongsian 10 khasiat rempah ratus.

1) Ketumbar

  • Digunakan secara tradisional untuk merawat masalah penghadaman
  • merawat hidung tersumbat
  • Merawat perut berangin
  • Merawat jangkitan luka
  • Merawat kencing manis
  • darah tinggi
  • arthritis.

Arthritis sejenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.

2) Buah Pelaga

  • antioksidan yang tinggi
  • menghilangkan bau mulut dengan cara mengunyahnya perlahan-lahan.

3) Asam keping

  • Asid askorbik yang terdapat dalam asam keping berperanan sebagai anti bakteria dapat membantu menurunkan darah tinggi
  • merawat kencing manis
  • berat badan berlebihan
  • tiada selera makan
  • sakit jantung

4) Bawang putih

  • Melawan pelbagai penyakit seperti selsema.

5) Halba

  • Membantu mengawal diabetes.

6) Cengkih

  • Melegakan sakit gigi
  • menghilangkan bau mulut

7) Lada hitam

  • Membantu mengurangkan berat badan
  • mengalakkan sistem perkumuhan seperti peluh dan buang air kecil.

8) Kulit kayu manis

Menambahkan kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gula dalam darah serta bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.

9) Halia

  • Mengurangkan gula dalam darah secara drastik
  • memperbaiki faktor risiko penyakit jantung.

10) Serai

  • cengah kanser dan detoksifikasi

Haa, bila semua dah bergabung maknanya kita tahu rempah ratus tersebut membantu untuk kesihatan badan dan juga menjadi penambah kesedapan dalam masakan. 🥳

Itu sahaja untuk hari ini. Bertemu lagi dikemudian hari 😘

Share This