Assalamualaikum ,Selamat pagi semoga diberi kesihatan yang baik buat kita semua .
Makin hari kita dengar kes Covid-19 ni makin meningkat, Allahu sedih rasanya. Semoga wabak ni diang
kat dari muka bumi ni Aamiin.
Musim pandemik ni kita perlu berusaha pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri, baik dari cara tradisonal atau pun moden.

Harini kita nak cakap tentang khasiat limau nipis,

LIMAU nipis adalah sejenis buah sitrus yang masam, bentuk bulat dan berwarna hijau terang.

Ia adalah sumber tenaga pemakanan yang tinggi dengan kandungan vitamin C, antioksidan dan nutrien lain.

Selain digunakan sebagai perisa masakan dan makanan, ia juga untuk merawat berbagai penyakit.

Air limau nipis pula boleh membantu pencernaan dan boleh mendorong orang untuk minum lebih banyak air



Ia digalakkan untuk dicampurkan dalam air kerana :-

  • Membantu perbaiki diet (mengempiskan perut)
  • Membantu dalam pensernaan
  • Mengurangkan peluang berlakunya Kanser
  • Meninggakatkan kualiti kulit (melembutkan kulit tangan dan muka)
  • Menggalakan penurunan berat badan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Menghalang pertumbuhan microorganisma
  • Mempunyai sift anti-radang
  • Membantu mencegah batu karang buah pinggang

Sekiranya mengalami batuk yang kuat dan lebih dari seminggu, anda boleh mencuba perahkan limau nipis & campurkan bersama air suam dengan sebuku garam kasar serta sesudu madu asli. Minumlah setiap kali rasa hendak batuk.Selepas makan pula, anda boleh berkumur dengan limau nipis yang dicampur bersama air.

Selain rasa tambahan, air limau nipis juga menawarkan nutrien tambahan yang mungkin mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Banyak khasiat dan manfaat limau nipis ni, 

ia juga mudah disediakan, dan hampir semua orang boleh amalkan penggunaan limau nipis dalam kehidupan seharian.

 

 



 

Share This