Assalamualaikum dan selamat tengahari! salam jumaat. semoga semuana dalam keadaan sihat sejahtera sahaja ya. di mana pun anda berada, jaga jarak. kita masih belum menang! #CovidFighter

Hari nie kita akan berkongsi sedikit kebaikan daun kesum yang semestinya ramai yang tidak mengetahuinya. kita masukkan dalam masakan tapi tak semestinya kita makan, betul? oka kita bercerita tentang daun kesum nie dahulu ya.

Daun Kesum 1 pack (+-50g) – Aisyah Mart

Daun kesum disebut di sesetengah tempat sebagai daun cenohom atau rau ram namanya di Vietnam. Kesum merupakan tumbuhan renek kategori herba berasal dari Asia Tenggaratumbuh meliar di kawasan lembap seperti di tepi parit, sawah dan sebagainya. Dikenali juga dengan nama botaninya polygonum minus, sejenis tumbuhan herba dari keluarga polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara beriklim tropika.

Kesum mempunyai 2 jenis iaitu menjalar dan menegak. Di Thailand banyak diguunakan sebagai ramuan salad manakala di Malasia pula sebagai penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman yang cenderung menjaga kesihatan dalaman.

Kesum kaya dengan kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Kesum mempunyai aroma yang dapat merangsang selera, dan dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.
Daun Kesum (Seikat) - Ganu Fresh Online Groceries

KEBAIKAN DAUN KESUM

  • Menguatkan daya penglihatan
  • Baik untuk wanita lepas bersalin
  • Mengekalkan stamina, kesihatan dan awet muda
  • merawat masalah keputihan
  • Mengharumkan tubuh
  • Mengeluarkan angin dari perut dan usus.
  • Melegakan batu karang
  • Merangsang dan melawas pembuangan air kecil dan besar.

Bagus rupanya daun kesum nie jika diamalkan. lagi-lagi dapat pula makan dalam masakan laksa tu kan. ya Allah sedap yakmat! haa, dah tahu kebaikan daun kesum nie kan, apa lagi? boh banyak-banyak dalam masakan. tak rugi pun. herba kan?

Itu sahaja untuk hari nie. jumpa lagi di lain hari!

 

 

Share This