Assalamualaikum dan selamat pagi! Semoga baik-baik sahaja untuk hari ini dan seterusnya. Sekiranya ada yang kurang sihat, makanlah ubat dan ambil vitamin C serta minum air banyak ya.
Korang perasan tak, biasanya kalau kita pergi makan dimana dimana baik di kedai mamak, kedai melayu mesti diorang letak duan bawang ni dalam hidangan.
Memandangkan daun bawang ini selalu diletak dan dijadikan perhiasan dalam masakan, mari kita check semula kelebihan daun bawang ini okay!
Daun bawang merupakan sejenis tumbuhan herba dari genus Allium. Bahagian atas daun bawang tidak pejal kerana tumbuhan ini tidak mempunyai bahagian akar yang tumbuh dengan menyeluruh. Daun bawang sering digunakan dalam masakan.
Selain itu, daun bawang juga kaya dengan vitamin A, C & K1. Di antara jenis vitamin, daun bawang paling banyak mengandungi vitamin C. Dengan makan daun bawang yang banyak juga boleh lindungi diri dari beragam penyakit yang disebabkan oleh virus seperti selsema, batuk dan demam. Vitamin A berperanan sebagai nutrisi kesihatan mata. Vitamin K1 pula berguna untuk menjaga kesihatan tulang dan jantung.
Antara manfaat atau khasiat daun bawang
- Mencegah kanser
- Mencegah penyakit jantung
- Mengawal kadar kolestrol dalam badan
- membantu menurunkan berat badan
- merawat anemia
- mencegahh strok
- menyihatkan organ jantung
- menguatkan tulang
- menjaga kesihatan kulit
- mencegah pendarahan
- mengandungi antioksidan yang tinggi
- mencegah dan mengubati penyakit diabetes
- meningkatkan sistem imun badan
- memperkuatkan sel jaringan tubuh badan
- merawat kesihatan rambut
Banyak rupanya khasiat daun bawang nie. sangat membantu untuk kesihatan dalaman dan luaran! Rugilah tak makan daun bawang nie. Bau yang sangat menyenangkan dan sedap untuk diletakkan dalam masakan, bangkitkan selera makan tau.
Demikianlah tentang khasiat atau manfaat daun bawang. Dapat sesuatu? Amalkan dalam masakan tau lagi-lagi makanan yang bersup. Itu sahaja untuk hari nie. Terima kasih dan jumpa lagi!