Assalamualaikum dan hai semua! Sudah sarapan ke tu?
Penting tau kita jaga makan bagi mengelakkan pelbagai penyakit datang seperti gastrik , kencing manis dan sebagainya.
Sebelum kita berceloteh tentang khasiat lemon, meh kita share sedikit info lemon ini dulu okay?
Buah lemon atau nama saintifiknya Citrus Limon merupakan sejenis buah dari genus sitrus yang berkulit kuning dan berasal dari keluarga Rutaceae. Buah ini mempunyai rupa bentuk yang seakan-akan buah limau, berbau segar dan mempunyai rasa yang masam. Umum mengetahui bahawa buah lemon sering digunakan secara meluas dalam penghasilan produk seperti produk makanan, penjagaan kulit, kosmetik dan produk penjagaan badan.
Lemon berasal dari kandungan asam sitrat, vitamin C, kalsium, asam folat, vitamin B5, B3, B1, B2, zat besi, magnesium, fosfor, kalium, dan kandungan lainnya.
Khasiat Lemon
- Kaya dengan vitamin C.
- Baik untuk kulit
- Bantu kekalkan hidrat.
- Bantu turunkan berat badan
- Bantu sistem pencernaan
- Kurangkan risiko batu karang
- Menyegarkan nafas
- Mencegah penyakit gout
- Memperbaiki mood
Air merupakan minuman terbaik untuk menghidrasi tubuh, cuma ada sesetengah orang tidak menyukai rasa air lemon ini.
Air lemon membantu mencegah sembelit. Mengamalkan air lemon hangat ketika bangun di pagi hari dapat membantu untuk membuat sistem pencernaan jadi lebih baik. Air lemon juga diketahui boleh membantu detoks untuk mencegah pengumpulan racun dalam tubuh.
Ada bagusnya lemon nie dalam kesihatan tubuh badan kita. Bukan itu sahaja, lemon juga sering diletakkan di dalam masakan untuk menambah rasa masam dari lemon itu sendiri. Yang pastinya melazatkan masakan