Assalamualaikum dan selamat pagi. Harap semuanya sihat seperti sediakala. Jangan lupa amalkan penggunaan sanitizer dan jaga jarak ya.

Hari nie topik yang kita bincangkan adalah berkenaaan serai. Serai mempunyai banyak khasiatnya pada badan. Sebelum tu kita akan terangkan asal usul serai nie ya.

Serai ialah antara tanaman beraroma yang sering digunakan dalam masakan di Malaysia. Serai mempunyai 2 jenis iaitu serai wangi dan serai makan.

Serai Wangi

Serai Wangi

 

Perbezaannya serai wangi mempunyai batang yang agak pendek sedikit berbanding serai makan. Helaian daunnya pula tirus, panjang dan lebih lebar daripada serai makan. Batangnya pula lebih langsing dan tidak terlalu membulat seperti serai makan.

Dari segi kegunaan pula, serai makan digunakan dalam masakan. Petua air rebusan serai juga amat popular diamalkan sebagai minuman bagi menghilangkan bau badan dan membuang ‘angin’.

Manakala serai wangi adalah lebih kepada penggunaan luara, di mana ia digunakan dalam penghasilan minyak pati. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, pati minyak serai wangi berguna untuk mengubat sakit perut dan juga campuran dalam air mandian dan cucian ibu selepas bersalin.

Terdapat banyak khasiat serai antaranya
  • Mengandungi antioksidan
  • Melegakan sakit perut, radang dan sendi
  • Merendahkan kadar kolestrol
  • Aroma menyenangkan dan mengusir rasa stress
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan sakit senggugut
  • Membantu menjayakan diet dan kempiskan perut
  • Mewangikan badan dan rambut
  • Menghalau nyamuk
  • Menyuburkan tanaman

Haa, banyak khasiat serai nie kan? Antara nak atau tidak je sebenarnya amalkan. Yelah tak semua suka dengan tekstur dan rasa serai kecuali digunakan di dalam masakan, lagi-lagi masakan tomyam ? 🤪

Dapat sesuatu? Jumpa lagi di lain hari. Have a nice day! ❤️

 

 

Share This