Assalamualaikum, Semoga hari ini semua diberikan kesihatan yang baik.

Harini kita nak cakapkan tentang khasiat Habbatus Sauda,

Apakah Habbatus Sauda tu ye ?
Habbatus sauda atau jintan hitam dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar,

 

Biji habbatus sauda diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia juga digunakan dalam masakan sebagai rempah di pelbagai negara seperti India, Asia Barat dan Poland. Ia dikatakan mempunyai gabungan rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano.

Habbatus sauda telah digunakan dalam dunia kesihatan sejak berkurun lama dahulu sebagai rawatan alternatif. Sehingga kini, kebaikannya terhadap kesihatan masih dikaji. Habbatus sauda dikatakan mengandungi beberapa bahan aktif dan antioksida yang mampu memberi manfaat pada kesihatan.

Ada satu sunnah sahih Sahih Bukhari dari Kitab al-Tibb, menyebut “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati”.

Tumbuhan ini kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh dari penyakit berbahaya. Menurut kajian yang dijalankan International Journal Biomedical Science, Habbatus Sauda mampu untuk mencegah penyakit seperti obesiti dan diabetes .

Ia juga membantu mengimbangkan kandungan gula dalam darah yang mana boleh menyebabkan masalah serius seperti kerosakan saraf, mempengaruhi penglihatan mata dan memperlahankan proses penyembuhan luka.

Habbatus Sauda juga dapat membantu dari segi

– Mengubati Asma
– Megurangkan Sakit Punggung Atau Otot
– Merawat Batuk Kering
– Membantu menghilangkan selesema dan hidung tersumbat
– Menghilangkan uban di rambut
– Merawat alahan
– Menghilangkan Sakit Kepala
– Meningkatkan daya ingatan
– Meningkatkan kesuburan lelaki
– Mengatasi penyakit sukar tidur atau stress
– Mengatasi resdung
– Melancarkan air susu ibu
– Membantu meningkatkan tahap penglihatan

Jika tiada sakit atau sebab sekalipon, kita masih disarankan untuk mengambil habbatussauda secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi iaitu Rasululah S.A.W.

Share This