Assalamualaikum Selamat Pagi,

Biasanya korang pernah dengar tentang cuka epal ?

Cuka epal telah digunakan semasa Perang Saudara dan Perang Dunia Pertama untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera semasa berada di medan peperangan.

Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning pucat. Sepertimana jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh kehadiran asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).

Antara khasiat cuka epal adalah

– Megawal paras gula dalam darah
– Mencegah penyakit jantung.
– Membantu dalam menurunkan berat badan.
– Kaya dengan antioksida.
– Baik untuk sistem penghadaman
– Memutihkan gigi secara semula jadi
– Meningkatkan kesihatan dan penampilan rambut
– Merawat Ketuat
– Melegakan pedih ulu hati

Tips & Cara Penggunaan  / Pengambilan

Bagi yang mahu mula amalkan cuka epal, anda perlu tahu cara pengambilan yang betul.

Anda tidak digalakkan untuk minum cuka epal terus dari botol.

Cuka epal yang belum dilarutkan dalam air boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti keradangan kerongkong dan gigi terhakis akibat asid yang terlalu kuat.

Tips Penggunaan :

  • Hadkan Penggunaan Cuka Epal : Mulakan penggunaan dengan dos kecil. Bergantung pada toleransi tubuh, anda boleh tingkatkan dos kepada 2 sudu sehari.
  • Gunakan Straw & Bilas Mulut : Bagi mengelakkan hakisan gigi, gunakan straw bila minum air campuran cuka epal. Kemudian, kumur bila selesai.

Cara Makan Cuka Epal

  • Campurkan 1 ke 2 sudu cuka epal ke dalam secawan air. Boleh campurkan madu untuk kurangkan rasa masam.
  • Tuangkan 1 ke 2 sudu cawan cuka epal ke salad bagi menambahkan rasa.

Cuka epal sememangnya terkandung pelbagai khasiat. Di samping mengambil cuka epal sebagai supplemen tambahan, anda perlu mengutamakan diet dan gaya hidup sihat bagi mengekalkan kesihatan.

 

Share This