Assalamualaikum semua, apa khabar? Sihat? Semoga semua berada dalam lindunganNya. Dilancarkan semua urusan tau. Sis nak tanya sikit ni,

Siapa kat sini peminat petai ??

Ada orang memang pantang nampak petai, terus terbuka selera walaupun sekadar cicah dengan budu. Tapi ada orang yang langsung tak boleh makan petai sebab ianya berbau agak kuat. betul tak ??

Namun disebalik berbaunya petai ni, ianya mempunyai khasiat yang tersendiri tauu

7 Khasiat Petai Untuk Kesihatan

  1. Melancarkan Penghadaman – Petai mempunyai serat yang tinggi dapat membantu proses penghadaman dan mencegah sembelit.
  2. Membantu Diet – Serat juga menambahkan rasa kenyang, mengurangkan kolesterol LDL (buruk), dan memperlahankan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah.
  3. Tinggi Kalium РSetengah cawan petai sarat dengan 224mg kalium (potassium). Komponen ini memainkan peranan  mengawal keseimbangan air badan untuk dan fungsi jantung.
  4. Mencegah Kemurungan – Petai mengeluarkan sejenis protein yang diolah oleh tubuh kita menjadi serotonin. Serotonin inilah yang membuat kita merasa lebih tenang dan mengelakkan perasaan kemurungan.
  5. Tinggi Vitamin C Р Terdapat 20mg vitamin C dalam setengah cawan petai cukup untuk memenuhi kira-kira separuh daripada keperluan vitamin harian kita.
  6. Membantu berhenti merokok – Petai mengandungi Vitamin B6 dan B12, bersama dengan potassium dan magnesium yang ada di dalamnya, dapat membantu tubuh untuk melawan ketagihan nikotin.
  7. Awet Muda – Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman.

 

Wahhh, tak sangka yeee disebalik petai yang berbau ni punn banyak juga khasiatnyaaa

Rugilahhh untuk siapa yang tak makan petai ni, banyak manfaat tau!

Share This