Ada ke yang kat sini tak makan tomato ??

Haaa siapa yang tak makan tuu , pi paksa diorang makan tomato tu lebih sikit, Bukan apa lah kan, tomato ni terlampau banyak sangat khasiatnyaa

Haaa nak tahu apa khasiat dia ?? jom tgok dibawah

  1. Kesihatan Jantung
    Pengambilan tomato dalam pemakanan adalah sangat baik kerana kandungan utamanya iaitu likopena dan beta-karotena membantu mengurangkan risiko strok dan serangan jantung
  2. Mecegah Kanser
    Kandungan likopena dalam tomato dilihat juga berpotensi melindungi daripada kanser payudara. Kandungan likopena yang tinggi dalam tomato dilihat merupakan faktor penting yang menjadikan tomato berfungsi untuk mencegah kanser.
  3. Kesihatan Kulit
    Selain dari memakai krim pelindung cahaya matahari, tomato dilihat berpotensi merawat kulit serta melindungi dari sunburn kerana kandungan likopena dan karotenanya yang tinggi memberi kesan perlindungan cahaya.
  4. Kesiahatn Mata
    Likopena, lutein dan beta-karotena yang sangat kaya dalam tomato dilihat sangat berkesan untuk melindungi mata daripada katarak, kerosakan mata akibat cahaya, dan juga kemerosotan makula akibat faktor usia.
  5. Kesihatan Mulut
    Kajian menunjukkan likopena yang terdapat di dalam tomato mampu mencegah penyakit gusi seperti periondotitis dan gingivitis dengan melawan radikal-radikal bebas sebagaimana ia juga berfungsi mencegah kanser. Namun, memakan tomato yang mentah dengan kuantiti yang banyak mampu memberikan kerosakan kepada enamel gigi kerana kandungan asid yang tinggi dalam tomato.

    Justeru, pastikan tomato yang anda makan telah dimasak dengan sebaiknya atau makan tomato mentah hanya dalam jumlah yang sedikit.
    Memasukkan tomato dalam hidangan seharian adalah sangat baik untuk kesihatan di samping mengamalkan pemakanan yang seimbang dan juga gaya hidup yang sihat bagi mengurangkan risiko penyakit dan memelihara kesejahteraan tubuh badan.

 

Share This