Assalamualaikum, semuaaa!

Harini kita nak cakap sikit tentang kebaikan sayur peria,

Siapa dekat sini suka makan peria? Sayur peria ni biasanya mmg berasa pahit. Tapi sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ni boleh bertukar menjadi satu hidangan yang lazat.

Peria di Malaysia kebiasannya terdapat 2 jenis. Satu jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan satu jenis lagi juga dikenali dengan  nama ‘ peria katak ’  iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua.

Banyak khasiat peria yang perlu kita ketahui, antaranya ialahh

1. Mengawal Gula Dalam Darah
2. Menguatkan Imunisasi Badan
3. Menajamkan Mata
4. Mengurangkan Risiko Asma
5. Menyihatkan Kulit
6. Mengurangkan Tahap Kolestrol
7. Menyihatkan Tulang
8. Menghalang Pertumbuhan Kanser

Walaupun ade kebaikkan tetapi ade juga keburukkannya

Keburukan Peria Katak

1. Cara penyediaan penting. Perlu dimasak dengan betul bagi mengelak kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut.

2. Sesuai dimakan bagi mengawal masalah diabetes tetapi perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu.

3. Penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia. Ia tidak boleh dicampur dengan ubat moden.

Langkah Selamat Penggunaan Peria

Jika anda ingin mengambil peria dalam menu diet harian anda, anda harus pastikan kuantitinya perlu dikawal dan dihadkan. Adalah lebih baik anda mengambil setiap hari sebanyak dua biji. Jika anda mengambil secara berlebihan, anda akan mengalami masalah dengan perut anda, iaitu sakit perut sederhana atau lebih parah anda akan mengalami cirit birit.

Bagi wanita hamil, anda sememangnya wajib mencegah diri daripada mengambil peria dalam kuantiti yang banyak. Ia akan menyebabkan ransangan kepada rahim sekaligus mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang berlaku akibat pengambilan peria berlebihan.

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat!

Share This