Assalamualaikum , Hai semua! Selamat Tengah Hari. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik hendaknya.
Haaa kebiasaannya bila kita makan kuah kari, korang mesti tak makan daun karinya kan ?
Tahu takk, yang daun kari ni banyak khasiatnya tau!
Antaranya ialah
1. Dapat Mencegah Sakit Jantung
Daun kari mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Sifat ini dapat mencegah proses pengoksidaan kolesterol yang akan membentuk kolesterol LDL, atau lebih mudah dikenali sebagai ‘kolesterol buruk’. Seterusnya, kadar ‘kolesterol baik’ (kolesterol HDL) dapat ditingkatkan lantas menurunkan risiko beban penyakit seperti strok dan serangan jantung.
2. Melawan Penyakit Kanser
Terdapat satu kajian tabung uji menunjukkan bahawa girinumbine, iaitu salah satu komponen dalam daun kari, mampu membunuh sel kanser usus besar. Selain itu, satu kajian terhadap tikus yang mempunyai kanser payudara telah menunjukkan bahawa penurunan kadar pertumbuhan sel kanser dan menghalang pembiakan sel kanser kepada bahagian jantung.
3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Kajian yang dijalankan terhadap pesakit kencing manis mendapati daun kari mempunyai kandungan kimia yang boleh menurunkan paras gula dalam darah. Kebaikan ini dipercayai terhasil daripada fungsi daun kari dalam meningkatkan penghasilan insulin serta menjadikan kadar pengambilan glukosa dari dalam darah oleh sel badan semakin tinggi.
4. Membantu Proses Pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam daun kari telah membantu dalam merawat masalah berkaitan dengan sistem pencernaan. Daun kari membantu untuk pelawasan kerana daun kari mengandungi bahan karminatif yang menghalang daripada penghasilan gas dalam sistem penghadaman yang boleh menyebabkan kembung perut dan ketidakselesaan pada perut.
5. Antibakteria
Minyak pati (essential oil) daripada daun kari mampu menghalang pertumbuhan bakteria. Kesan antibakteria daun kari ini masih kuat walaupun pada kadar kepekatan yang rendah. Selain itu, ia juga mampu mencegah pertumbuhan kulat.
6. Menghalang anemia
Kekurangan mineral zat besi dalam badan boleh menyebabkan anemia iaitu satu keadaan dimana badan kekurangan sel darah merah. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Daun kari tinggi dengan zat besi yang sangat efektif dalam meningkatkan hemoglobin dan bilangan sel darah merah dalam saluran darah. Daun kari bertindak sebagai ejen pembersih darah semula jadi, menghalang daripada mengalami sindrom seperti keletihan dan mengurangkan risiko jangkitan.
7. Membantu Penyembuhan Luka
Melalui kajian ke atas model haiwan, daun kari berupaya meningkatkan regangan luka dan merangsang penghasilan kolagen. Hal ini membantu luka untuk sembuh dengan lebih baik dan cepat.
8. Meningkatkan Kesihatan Rambut
Pati daun kari di dalam minyak kelapa berpotensi menguatkan akar rambut. Ia seterusnya melewatkan proses rambut memutih menjadi uban di samping merangsang pertumbuhan rambut. Selain itu, kekayaan nilai antioksida dalam daun kari turut membantu mencegah keguguran rambut dan kelemumur.
9. Melindungi Organ Hati
Daun kari berpotensi untuk melindungi hati daripada toksik terutamanya dalam tubuh individu yang sering mengambil minuman beralkohol. Ia mengekalkan paras antioksida dan menguatkan sel dalam hati.
Mungkin selepas ini sekiranya berkesempatan, anda boleh menanam pokok kari di rumah anda sendiri. Lebih jimat, segar, dan mudah untuk dipetik bagi ditambah dalam masakan.
Jadi lepas ni, boleh cuba untuk makan daun kari dalam masakan ni. Jangan dibuang! banyak manfaatnya tu. Hehe. Jumpa lagi dalam next posting <3