Assalamualaikum, Selamat Pagi Semuaaa!
Nak tanya sikit lah kan, siapa kat sini suka makan sayur kacang panjang?
Haa kalau nak tahu banyak tau khasiat kacang panjang ni.
Ia mempunyai khasiat dan zat permakanan kepada kesihatan seperti karbohidrat, protin dan serat. Kacang panjang segar merupakan salah satu sumber asid folik terbaik. Ia juga mengandungi anti-oksidan yang penting untuk tubuh seperti vitamin C, riboflavin dan beta karotin.
okay, jom kita kupas lebih lanjut tentang khasiat kacang panjang ni.
1. Baik Untuk Kulit
Kacang panjang baik untuk kulit kerana mempunyai kandungan vitamin C. Dalam 100gram kacang panjang terdapat 19mg vitamin C, Ini sudah mencukupkan 21% vitamin C didalam tubun orang dewasa.
2. Baik Untuk Mata
Kacang panjang juga mengandungi vitamin A yang baik untuk memilhara kesihatan Mata. Selain itu, kacang panjang juga mengandungi vitamin B1, Kajian menunjukkan vitamin B1 dapat mencegah gangguan penglihatan seperti katarak dan glaukoma
3. Mencegah Dari Penyakit Diabetes
Kacang panjang kaya dengan serat, ini dapat membantu megawal kadar gula dalam darah.
4. Dapat Tidur Dengan Lena
Kekurangan magnesium dapat menyebabkan gangguan tidur seperti hiperaktif dan susah tidur. Magnesium adalah zat gizi esensial yang dapat tenangkan otak dan tingkatkan relaksi.
5. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Serat larut yang terkandung dalam kacang panjang dapat membantu menekan jumlah kolesterol jahat (LDL). Itu sebabnya, kacang panjang berkhasiat untuk membantu menjaga kadar kolesterol dalam darah. Bukan hanya itu, manfaat kacang panjang terbukti mengurangi peradangan di pembuluh darah sehingga juga baik untuk menjaga kesehatan jantung.
6. Meningkatkan Kesihatan Tulang
Menkonsumsi vitamin K secara berkala dapat meningkatkan kesihatan tulang, tujuannya agar penyerapan kalsium dapat meningkat serta mengurangi ekskresi kalsium melalui urin. Sayur hijau yang termasuk golongan kacang-kacangan ini juga boleh jadi alternatif untuk mencukupi 4% AKG seseorang akan kalsium.
7. Mencegah Risiko Penyakit Stroke
Salah satu nutrisi yang diperlukan otak adalah vitamin B6, vitamin ini terdapat dalam kacang panjang.
Walaupun nutrisi didalamnya cukup tinggi, Makan kacang panjang dengan secukupnya jangan berlebihan kerana ada kesan sampingan seperti gangguan pencernaan, reaksi alergi , gangguan hati dan ginjal.
Semoga sedikit info yang diberi ini dapat membantu anda semua.