Assalamualaikum, Salam Jumaat Semua!

Semoga di hari jumaat yang berkat ni, kita semua diberikan kesihatan yang baik.

Okay harini sis nak tanya sikit berapa ramai kat sini yang suka makan sayuran hijau? Rata-rata bila kita sebut petola mesti membayangkan rasa pahit dan tidak sedap. Sebenarnya petola ni tak pahit manapun malahan lebih sedap walaupun masak bening je. Hari ni kami nak share kan kepada anda semua tentang khasiat petola ni untuk kesihatan. Jangan tak tahu petola ni banyak tau khasiatnya.

Antara khasiatnya ialah

1. Membersihkan Darah

Apabila kita kerap memakan petola ia dapat membersihkan darah dari bahan tercemar. Selain itu ia juga bertindak sebagai untuk meningkatkan kesehatan organ hati.

2. Meningkatkan Sistem Imun

Mekanisme pertahanan yang kuat bermakna badan akan lebih mampu untuk bertahan terhadap jangkitan bakteria dan mengekalkan kesihatan. Petola mempunyai sumber mekanisme pertahanan dari serangan jangkitan dan juga virus.

3. Berfungsi Sebagai Ubat Lawas

Petola dapat membantu sistem penghadaman perut. Ia boleh dijadikan sebagai ubat yang berkesan terhadap masalah sembelit.

4. Membantu Penurunan Berat Badan

Petola sangat rendah kandungan lemak tepu; kedua, ia lebih rendah kolestrol; ketiga ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan kalori; keempat ia mengandungi banyak air di dalamnya. Nilai pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan, vitamin dan mineral adalah penting untuk mengurangkan berat badan.

5. Merawat Penyakit Kuning

Sayur Petola berupaya menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaan dalam membersihkan organ hati.

6. Dapat Membantu Pesakit Kencing Manis
Petola dapat membantu pesakit kencing manis. Ini kerana insulin seperti peptide terdapat dalam sayur petola, ia dapat mengurakan paras gula dalam darah. Selain itu ia juga dapat mengawal paras tahap insulin darah ke kualiti yang diperlukan.


Sayur petola rendah lemak tepu dan juga rendah kalori. Selain itu ia kaya dengan serat pemakanan, vitamin C, riboflavin, zink, thiamin, zat besi dan magnesium.

Ia juga membantu untuk mengawal keasidan serta ulser pada perut
• Berfaedah untuk menawarkan keselesaan kepada keletihan dan juga kebimbangan.

• Beta karotena di dalam petola baik untuk kesihatan mata dan dan diiktiraf untuk meningkatkan penglihatan.

Semoga sedikit info yang diberi ini bermanfaat untuk kita semua.

Share This