Assalamualaikum Semua.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik.
Haaa, siapa kat sini peminat sayur brokoli ?
Tahukah anda, brokoli juga dikenali sebagai kubis bunga hijau, ia jarang digunakan dalam masakan tempatan. dan ada yang mengatakan ia adalah sayur mahal. Brokoli juga mempunyai pelbagai jenis dan kategori seperti calabrese atau sprout brokoli. Sayur hijau ini boleh dimakan secara mentah ataupun di masak mengikut cita rasa dan pilihan masing-masing.
Kalau anda nak tahu sayur brokoli ini mempunyai banyak khasiat, Antaranya ialah :
1. Dapat Kurangkan Rasa Lapar
Haa sesuai sangat untuk yang sedang berdiet, Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Megelak dari Sembelit
Brokoli merupakan sayur yang mengandungi serat dan serat merupakan salah satu komponen yang dapat mencegah sembelit. Hal ini kerana serat dapat merangsang proses pergerakkan najis atau peristalsis dalam usus dan ini sekaligus dapat mengelakkan sembelit.
3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Pengambilan serat mampu untuk mengelakkan kenaikkan gula secara mendadak dan menyebabkan kenaikkan gula secara sederhana.
4. Mengawal Tekanan Darah
Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
5. Baik Untuk Jantung
Brokoli merupakan sejenis sayur hijau yang kaya dengan kandungan sulforaphane di mana komponen ini dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk mendapat serangan jantung dan kanser.
6. Menguatkan Otot dan Tulang
Kandungan kalsium dan vitamin K juga sangat baik untuk kesihatan tulang. Ia juga dapat mengelakkan masalah yang berkaitan dengan tulang. Antaranya dapat mengurangkan risiko osteoporosis (kerapuhan tulang), masalah otot dan osteoartritis (keradangan sendi).
7. Baik Untuk Ibu Mengandung
Kandungan vitamin B atau folat sangat bagus untuk perkembangan otak dan saraf tunjang bayi. Selain itu, masalah sembelit yang sering berlaku semasa mengandung dan selepas bersalin boleh diatasi dengan memakan brokoli. Jadikan brokoli sebagai hidangan wajib dalam menu harian anda.
8. Baik Untuk Kulit
Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat sinaran matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
Semoga info yang diberi, dapat perluaskan pengetahuan anda dan memberi manfaat.